Skip to main content
Pandangan GlobalTampilan KhasTip & PanduanBerita

Pelancaran Sistem CIDBH iENTRY: Memantapkan Pengurusan Pekerja Asing Berkemahiran

By Oktober 18, 2024No Comments
LAUNCH OF CIDBH iENTRY SYSTEM: STRENGTHENING THE MANAGEMENT OF SKILLED FOREIGN WORKERS

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melalui anak syarikatknya CIDB Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan Sistem CIDBH iENTRY, sebuah inisiatif bersepadu yang bertujuan untuk meningkatkan pengurusan pekerja asing dalam industri pembinaan. Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya.

Sistem CIDBH iENTRY bertujuan memperkenalkan penggunaan sistem bersepadu dalam memastikan pematuhan undang-undang berkaitan kebajikan dan keselamatan pekerja asing berkemahiran. Ia juga memudahkan majikan dalam mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520), Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Antara ciri utama sistem ini adalah:

  • Menguruskan Pendaftaran pekerja asing melalui sistem biometrik selepas mereka menerima Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) di negara sumber yang diperakui serta disahkan oleh CIDB
  • Pemantauan kebajikan pekerja asing secara holistik, termasuk pengurusan penginapan mereka melalui sistem yang bersepadu.

Sistem ini turut selari dengan penguatkuasaan kerajaan yang mewajibkan pekerja asing sektor binaan mendapatkan Persijilan di Negara Sumber (SKKP) berserta Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (eSICW) bagi Pekerja Binaan secara atas talian, yang akan dikuatkuasakan mulai Januari 2025. Dengan pelaksanaan Sistem CIDBH iENTRY, pemantauan pekerja asing dan pematuhan perundangan akan menjadi lebih efektif, sekali gus memastikan kesejahteraan dan keselamatan pekerja asing terjamin.

Di samping itu, sistem ini turut membantu kerajaan menangani isu pekerja asing yang tidak bertauliah, dengan memastikan hanya pekerja yang memiliki persijilan yang sah dibenarkan bekerja di tapak bina. Langkah ini juga akan mengurangkan risiko keselamatan di tapak pembinaan.

Mengikut rekod CIDB seramai 465,591 ribu pekerja asing pembinaan yang berdaftar dengan CIDB di seluruh negara sehingga September 2024 di Malaysia. Di Kuala Lumpur dan Selangor Sahaja, masing-masing mencatatkan bilangan sebanyak 150,699 dan 166,456 pekerja asing pembinaan.