Skip to main content
HeightsBerita

Insiden Kren Tumbang: Semua Tapak Pembinaan Digesa Uruskan Risiko Kerja Pembinaan Pada Musim Hujan Lebat

By Disember 27, 2023No Comments
nsiden Kren Tumbang: Semua Tapak Pembinaan Digesa Uruskan Risiko Kerja Pembinaan Pada Musim Hujan Lebat

17 Dis 2023: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menggesa semua pemilik projek dan kontraktor untuk mengambil langkah lebih berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan tapak pembinaan semasa musim tengkujuh yang kini melanda seluruh negara. Keadaan cuaca yang buruk dengan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sememangnya memberi risiko yang tinggi kepada keselamatan di tapak bina, dan ia juga kerap menyebabkan kerosakan jentera.

Di dalam kes kren tumbang dan menghalang landasan komuter pada Selasa lepas, siasatan awalan CIDB mendapati kren tersebut tumbang disebabkan air bertakung yang mengurangkan kekuatan tanah akibat hujan yang berterusan sejak 2 petang hari tersebut. Di dalam kes tersebut, CIDB telah mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada tapak pembinaan tersebut, sementara siasatan dilaksanakan.

“Penjadualan kerja-kerja pembinaan perlu mengambil kira keadaan cuaca, supaya kerja-kerja yang berisiko tinggi dan melibatkan penggunaan jentera boleh dilaksanakan sebelum musim hujan,” kata Ketua Eksekutif CIDB Malaysia Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria.

mceia 1

This will close in 20 seconds