Skip to main content
Tampilan KhasTip & PanduanHeights

CIDB TV: Ubahsuai Rumah Diberi Notis Atas Pelbagai Kesalahan

By Oktober 13, 2023No Comments

Pasukan CIDB TV berada di Terengganu bagi mengikuti satu operasi pengkuasaan khas OPK Kuala Terengganu 2023. Operasi ini merupakan operasi perintis  bagi penguasaan kerja-kerja ubahsuaian di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Tujuan skop penguasaan keatas kerja ubahsuaian ini adalah bagi memastikan kontraktor berdaftar dengan CIDB, menasihati dan menjelaskan keperluan akta atau peraturan bertulis serta meningkatkan kesedaran orang awam akan kepentingan melantik kontraktor yang berdaftar.

“Khusus kepada projek pengubahsuaian rumah, banyak kesalahan yang dijumpai, antaranya kontraktor berdaftar dengan CIDB tetapi masih belum mengisytiharkan projek pengubahsuaian yang dijalankan. Kita berharap kontraktor sentiasa maklum bahawa mana-mana projek yang mereka dapati terus daripada pihak klien ataupun subkontraktor, mereka perlu mengambil tanggungjawab untuk mengistiharkan projek tersebut kepada CIDB. Keseluruhan masyarakat, individu, pemilik, pemaju dan juga pihak kontraktor harus sentiasa prihatin terhadap peraturan-peraturan yang telah digariskan oleh pihak kerajaan di dalam industri pembinaan.”

  • Muhammad Rizuan Hamzah, Pengarah CIDB Terengganu  

Seramai 23 pegawai dan penguatkuasa turut terlibat dalam OPK kali ini:

  • SEKTOR PENGUATKUASAAN CIDB MALAYSIA
  • CIDB NEGERI TERENGGANU
  • IBU PEJABAT CIDB WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
  • MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT)

“Diharapkan agar melalui operasi yang dijalankan ini akan dapat mencapai matlamat pelaksanaan program selaras dengan tuntutan undang-undang dan peraturan-peraturan yang dibuat oleh agensi ataupun jabatan yang terlibat. “

  • Ts. Muhammad Shawal Sufian Mat Amin, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, MBKT

Notis yang telah dikeluarkan hasil daripada operasi ini:

  • NOTIS N2 (NOTIS MENGEMUKAKAN MAKLUMAT) 
  • NOTIS ARAHAN HADIR KE IBUPEJABAT CIDB UNTUK BERI KETERANGAN LANJUT
  • NOTIS N10 (PERSONEL BINAAN YANG BELUM DIAKREDITASI)
  • NOTIS KESALAHAN PENGGUNAAN SCAFFOLDING A-FRAME

mceia 1

This will close in 20 seconds