
Sebagai peneraju industri pembinaan negara, CIDB Malaysia komited untuk membudayakan tadbir urus yang berintegriti dan bebas rasuah.
Satu sesi Taklimat Integriti telah dianjurkan khas untuk pegawai Bahagian Pendaftaran Kontraktor & Personel Binaan, melibatkan seramai 38 pegawai pelbagai peringkat bertempat di CIDB Malaysia HQ, Kuala Lumpur.

Sesi ini mendapat kerjasama strategik daripada dua agensi penting negara iaitu Institut Integriti Malaysia (IIM) diwakili oleh Tuan Mohd Rais Ramli Pengarah, Pusat Integriti (Sektor Perniagaan) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili oleh Tuan Muhamad Mohd Nor Abd Rafar Penguasa SPRM.
Objektif Utama Taklimat adalah meningkatkan kesedaran integriti, memupuk budaya kerja beretika, mencegah salah laku dan rasuah, memperkenalkan mekanisme pelaporan selamat dan memperkukuh kawalan dalaman CIDB.
Sesi ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran, malah memperkukuh semangat untuk menolak budaya salah guna kuasa dan mengangkat akauntabiliti dalam setiap tindakan.
Integriti bukan hanya slogan – ia adalah tanggungjawab bersama. Demi sistem pendaftaran yang telus dan berwibawa, kita bermula dengan diri sendiri.