
“Hasil Pembinaan, Iringi Berkat”
CIDB Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan akan menganjurkan SEMINAR SINERGI ZAKAT & PEMBINAAN bertemakan “Hasil Pembinaan, Iringi Berkat”.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kewajipan menunaikan zakat perniagaan khususnya kepada syarikat kontraktor milikan Muslim di Negeri Sembilan.
Butiran program adalah seperti berikut :
- Tarikh: 23 Jun 2025
- Hari: Isnin
- Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
- Tempat: Royale Chulan, Seremban
- Yuran Pendaftaran: Percuma
Tuan/Puan dijemput untuk menyertai seminar ini bagi menjayakan hasrat bersama dalam meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan zakat dalam pembangunan industri pembinaan yang diberkati.
Sijil penyertaan secara maya beserta 10 mata CCD akan diberikan kepada peserta melalui emel.
Maklumbalas kehadiran melalui link:
Sebelum atau pada 16 Jun 2025.
Sebarang pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai kami:
- En. Zainal Abidin Hj Hasan / Emel: [email protected]
- Pn. Nurul Ika Suziana Mohd Zin / Emel: [email protected]
- Hubungi talian: 06-6016 311.