Skip to main content
HeightsBeritaAcara & Pengumuman

International Construction Week Borneo 2025

By Mei 6, 2025Mei 7th, 2025No Comments
International Construction Week Sarawak

Kuching, Sarawak adalah destinasi utama untuk dikunjung pada 13 ke 14 Mei ini!

Dengarkan sendiri ucapan alu-aluan daripada YB Ir. Hj. Yusuf Bin Hj. Abd. Wahab, Pengerusi CIDB Malaysia, yang akan menyambut anda ke ICW Borneo 2025, bertempat di BCCK, Kuching, Sarawak.

Ini adalah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada acara bersejarah yang menghimpunkan pemimpin industri, inovator dan pembuat dasar dari seluruh rantau dengan barisan pempamer, aktiviti dan peluang kerjasama yang menarik.

Dengan tema Innovative Construction for a Sustainable Future, edisi sulung ini akan menyerlahkan transformasi pesat Malaysia Timur yang dipacu oleh projek infrastruktur mega dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui. Jangan lepaskan peluang menghadiri sidang kemuncak, forum dan dialog yang bakal membentuk masa depan pembinaan mampan dan pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Mari bersama-sama membina masa depan yang lebih kukuh, bijak dan mampan di ICW Borneo 2025!

Mari bersama-sama membina masa depan yang lebih kukuh, bijak dan mampan di ICW Borneo 2025!

 

📅 13–14 Mei 2025 | 📍BCCK, Kuching, Sarawak

Daftar untuk melawat ICW Borneo: www.icw.my