Pendaftaran Kad Personel Binaan/Kad Hijau

Permohonan dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian menerusi sistem CIMS. Pemohon perlu mempunyai akses ID sistem CIMS di mana pendaftaran akses ID adalah secara:

  1. Individu (warga tempatan sahaja) atau melalui;
  2. ID majikan.

Rujuk manual di bawah untuk panduan lanjut:

Pemohon yang berstatus warganegara Malaysia / warga tempatan Malaysia boleh dibuat secara atas talian melalui sistem CIMS sama ada melalui Individu atau majikan. Pemohon/Majikan perlu mempunyai akses ID sistem CIMS.

Rujuk manual di bawah untuk panduan lanjut:

Bagi bukan Warganegara Malaysia /warga asing, permohonan HANYA boleh dibuat melalui majikan yang mempunyai akses ID ke sistem CIMS.

Rujuk manual di bawah untuk panduan lanjut:

Pendaftaran ID adalah menggunakan email yang aktif . Selepas mendaftar, sila semak di dalam folder ‘inbox’ atau ‘spam’ atau ‘junk’ emel didaftarkan untuk melihat dan klik pautan pengaktifan emel untuk kali pertama untuk log in.

Klik capaian di bawah untuk memohon semula pengaktifan email sekiranya masih belum menerimanya:

Sekiranya tiada notifikasi diterima melalui email atau teks pesanan ringkas (SMS) selepas 3 hari permohonan dibuat, sila hadir ke kaunter CIDB negeri/cawangan yang berdekatan untuk semakan lanjut dan pengesahan data menggunakan 'card reader'.

Keterangan Bayaran

  1. Bayaran Proses Permohonan: RM10
  2. Yuran Permohonan:
    1. Permohonan baru: RM25/ tahun
    2. Pembaharuan: RM25/ tahun
  3. Bayaran Gantian Kadar
    1. Kehilangan
      • Kali Pertama: RM50
      • Kali Kedua: RM150
      • Kali Ketiga dan seterusnya: RM250
    2. Rosak RM25

Rujuk Garis Panduan di bawah untuk rujukan:

Pas sementara boleh dicetak serta merta selepas bayaran dijelaskan dan disahkan oleh sistem CIMS dengan cara klik di bahagian Construction Personnel > Personnel Card > Personnel Card Listing > Cetak.

Rujuk Manual Pengguna Pendaftaran Personel Binaan untuk lebih kefahaman

Kad Personel Binaan (Kad Hijau) anda akan diterima dalam tempoh 60 hari selepas bayaran dijelaskan. Sekiranya anda masih gagal menerima Kad Personel Binaan (Kad Hijau) anda boleh menghubungi talian Careline CIDB di 1300 88 2432.

Kad Personel Binaan (Kad Hijau) anda akan di hantar mengikut alamat yang dipilih semasa pembayaran dibuat iaitu samada alamat seperti tertera di dalam kad pengenalan anda ataupun alamat majikan seperti yang berdaftar di dalam sistem CIMS CIDB.

Mana-mana orang yang diambil bekerja dalam industri pembinaan SERTA melaksanakan kerja-kerja pembinaan layak dipertimbangkan untuk berdaftar sebagai personel binaan.

Rujuk Garis Panduan di bawah untuk rujukan:
Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan

  • Pemohon mestilah bekerja dalam  industri pembinaan  SERTA melaksanakan  kerja-kerja pembinaan
  • Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemohon hadir Kursus Induksi Keselamatan Untuk Pekerja Binaan atau setara dengannya
  • Patuh undang-undang bertulis yang lain atau dasar yang ditetapkan oleh kerajaan

Rujuk Garis Panduan di bawah untuk rujukan:
Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan

Permohonan pendaftaran untuk personel binaan asing hendaklah dibuat oleh majikan (rujuk maklumat majikan dan permit penggajian, pemegang permit di bawah sektor pembinaan serta permit yang masih sah tempoh).

Maklumat di atas boleh diperolehi menerusi Garis Panduan di bawah:
Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan

Selepas pembayaran dilakukan, pemohon tidak di benarkan membuat pertukaran alamat. Walau bagaimanapun, sekiranya melibatkan pertukaran alamat dan pembayaran belum dilakukan, personel/ wakil syarikat boleh memaklumkan kepada CIDB untuk membuat pembatalan permohonan terdahulu bagi membuat permohonan yang baru.

Kad Personel Binaan (Kad Hijau) yang belum diterima tidak menjadi halangan untuk personel binaan tersebut memasuki dan melaksanakan kerja- pembinaan di tapak bina kerana pendaftaran personel binaan telah diperakukan. QR code yang tertera pada Pas sementara boleh digunakan sebagai bukti pengesahan maklumat personel binaan.

Sistem E-Serahan adalah platform pengesahan penerimaan kad oleh personel/majikan yang menggantikan serahan kad di kaunter CIDB Negeri/cawangan. Sistem ini juga merupakan pemakluman awal kepada Majikan/Personel berkenaan status pengeposan kad melalui notifikasi maklumat no. tracking. E-Serahan telah mula beroperasi pada 1/2/2020 seiring dengan penutupan pilihan serahan di kaunter CIDB Negeri/Cawangan.

Rujuk manual di bawah untuk maklumat lanjut:

Majikan/personel boleh membuat aduan ke e-Bantuan CIDB dengan melampirkan surat rasmi kepada CIDB berkaitan halangan kemasukan ke tapak bina dengan mengemukakan maklumat projek, kontraktor dan klien terlibat untuk pihak CIDB mengambil tindakan selanjutnya.

Sekiranya maklumat sijil kemahiran/akademik anda tiada dalam senarai Sistem CIMS, sila semak pengiktirafan sijil berkenaan dengan Agensi Kelayakkan Malaysia (MQA) dan sekiranya ada, sila panjangkan maklumat serta bukti pengesahan tersebut kepada CIDB melalui sistem e-Bantuan untuk CIDB mengemaskini maklumat sijil berkenaan ke dalam sistem CIMS. Pemohon dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu permohonan Kad Personel Binaan (Kad Hijau) sehingga maklumat sijil anda dikemaskini.

Rujuk capaian di bawah untuk semakan pengiktirafan sijil oleh MQA: