Polisi Logo CIDB & Anak Syarikat

Logo korporat CIDB Malaysia tidak boleh digunakan oleh mana- mana organisasi luar kecuali mendapat kebenaran bertulis dari CIDB Malaysia. Penggunaan logo CIDB Malaysia bertujuan menunjukkan penyertaan atau sokongan CIDB Malaysia untuk program-program seperti seminar, persidangan atau pameran yang memberi manfaat kepada penggiat industri pembinaan.

Semua Permohonan penggunaan logo korporat CIDB Malaysia hendaklah disalurkan ke Bahagian Komunikasi Korporat supaya kebenaran penggunaan logo CIDB Malaysia diuruskan secara berpusat. Sila dapatkan logo asal/rasmi dalam bentuk ‘soft copy’ daripada Bahagian Komunikasi Korporat untuk memastikan penggunaan logo adalah selaras dan tepat dari segi penggunaan.

Maklumat lanjut permohonan dan tatacara penggunaan logo CIDB boleh diperolehi di Polisi Logo CIDB & Anak Syarikat