AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994
PERINTAH LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 34(5) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520], Menteri membuat perintah yang berikut:
Nama dan permulaan kuat kuasa
- Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Kadar Levi) 2020.
- Perintah ini disifatkan telah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020 dan hendaklah terus berkuat kuasa bagi tempoh hingga 31 Disember 2021.
Pengenaan Levi
Kadar levi yang dikenakan terhadap kontraktor dikurangkan daripada suku peratus daripada jumlah kontrak kepada 0.125 peratus.