Kewajipan Kontraktor Terhadap Pengisytiharan Kerja dan Bayaran Levi

Menurut Seksyen 34 (1) Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB):

“Tiap-tiap kontraktor hendaklah mengisytiharkan dan mengemukakan kepada Lembaga, mengikut cara yang ditetapkan oleh Lembaga, apa-apa kontrak yang telah diawardkan kepadanya mengenai apa-apa kerja pembinaan”

Bermula 4 Julai 2017, semua pengisytiharan kerja pembinaan mestilah dibuat secara atas talian (online) melalui link berikut http://cims.cidb.gov.my
Kontraktor perlu memuat naik (upload) Surat Anugerah (Letter of Award) bagi projek yang berkaitan.

Sekiranya projek layak dilevi, Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi (Borang CIDB L2) akan dijana oleh sistem secara atas talian (online) dan pihak kontraktor perlu menjelaskan bayaran levi dalam tempoh liabiliti yang dinyatakan.

Kegagalan mengisytihar kerja pembinaan dan gagal membayar levi di dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Lembaga merupakan satu kesalahan di bawah Akta 520.