Pemakluman Proses Kuiri Permohonan Bagi Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor

kuiri-permohonan

 

Berkuatkuasa 22 Ogos 2022, bagi permohonan Pembaharuan Pendaftaran Kontraktor, pemohon akan diberi peluang untuk membuat tindakan pembetulan maklumat sekiranya diperlukan berdasarkan ulasan yang dikemukakan oleh CIDB melalui proses Kuiri Permohonan.

Sekiranya tiada sebarang pembetulan dibuat dalam tempoh 14 hari, permohonan akan diproses berdasarkan maklumat yang telah diisytihar sebelum itu.

Tiada tambahan fi proses dikenakan bagi proses pembetulan ini.

Harap maklum.

 

#######

Ketahui berita-berita pembinaan di Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau hubungi hotline CIDB di 03-5567 3300 untuk sebarang pertanyaan atau laporan yang meragukan di kawasan tapak bina.