CIDB Memperuntukkan RM7 Juta Subsidi Ujian COVID-19 Personel Binaan Asing Berdaftar

RTK-AG

 

Subsidi diperkenalkan bagi meringankan beban kewangan industri pembinaan tempatan dan menggalakkan majikan menghantar pekerja untuk mendapatkan ujian saringan.

Kementerian Kerja Raya dengan sukacitanya mengumumkan memperuntukkan subsidi berjumlah RM7 juta di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk ujian saringan COVID-19 bagi pekerja pembinaan warga asing berdaftar.

Subsidi sebanyak RM50.00 seorang ini diberi untuk setiap Personel Binaan Asing yang mempunyai Pendaftaran Personel Binaan CIDB yang sah bagi menjalani ujian saringan COVID-19 yang diuruskan oleh CIDB Holdings Sdn Bhd (anak syarikat CIDB) melalui klinik panel tersenarai.

Insentif CIDB ini akan dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu:

  • Saringan di tapak bina (sekiranya melebihi 30 permohonan) dan;
  • Saringan secara pandu lalu menggunakan Ujian Swab RTK Antigen.

Keputusan ujian saringan ini akan diperolehi dalam masa 30 minit. Kos ujian sebenar yang ditetapkan adalah sebanyak RM100 di mana bagi personel binaan asing berdaftar, RM50 akan ditanggung oleh CIDB. Manakala bagi personel binaan asing tidak berdaftar, caj penuh RM100 akan dikenakan.

Pendaftaran untuk ujian saringan COVID-19 boleh dibuat di www.cswms.com.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40428880 (Waktu Operasi dari Isnin hingga Jumaat jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang).

Sementara itu, maklumat berkenaan SOP dan Garis Panduan Industri Pembinaan boleh dirujuk di laman web CIDB Malaysia www.cidb.gov.my/ms/pkp-kebenaranberoperasi atau didapati menerusi Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau hubungi Hotline CIDB 03-55673300 (Waktu Operasi dari Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang).

DATO’ SRI HAJI FADILLAH HAJI YUSOF MENTERI KANAN INFRASTRUKTUR – MENTERI KERJA RAYA MALAYSIA

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

PENDAFTARAN KLIK SINI