Skop SHASSIC

logo shassic

SHASSIC menetapkan pengurusan dan amalan keselamatan dan kesihatan untuk kontraktor bagi pelbagai aspek aktiviti kerja pembinaan.
Terdapat tiga komponen utama penilaian:

Semak dokumen
Pemeriksaan tapak kerja
Temubual pekerja

Lain-lain komponen seperti polisi OSH, organisasi OSH, HIRARC, latihan dan promosi OSH, pengurusan jentera dan perkakas, pengurusan bahan, kesediaan kecemasan, pengurusan siasatan, laporan dan rekod kemalangan dan pemantauan prestasi, adalah lain-lain aspek yang turut diambil kira.

Aplikasi harus meliputi sistem dan amalan pengurusan COSH ketika aktiviti kerja, terutama yang di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994, Akta Kilang dan Jentera 1987 dan peraturan lain yang digaris di bawah akta ini seperti Peraturan Kilang dan Jentera (Operasi Bangunan dan Kerja-kerja Pembinaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986, dan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan), 1970.

Bagi maksud terma dan rujukan, Akta-akta, Peraturan dan standard sistem pengurusan OSH berikut harus diambil keutamaan:

  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • 1994 (Akta 514) dan Peraturan
  • Akta Kilang dan Jentera
  • 1967 (Akta 139) dan Peraturan dan Syarat
  • OHSAS 18001: 2007
  • MS 1722: 2005 dan ILO OHS MS: 2001