PLB Kursus Induksi Keselamatan Pekerja Tapak Binaan (SICW)

Apakah SICW?
Pusat Latihan Bertauliah Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan (PLB SICW) adalah sebuah pusat latihan yang diakredit oleh CIDB bagi meningkatkan kesedaran kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja binaan.  Ini merupakan salah satu inisiatif CIDB bagi menyampaikan kesedaran berkenaan kebajikan pekerja binaan, serta mengurangkan kadar kemalangan di tapak pembinaan.

Kelayakan
Pusat latihan yang berminat perlu berdaftar sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf seperti perniagaan/ syarikat/ persatuan/ koperasi/ lain-lain.  Di samping itu, pusat latihan perlu mempunyai modal kewangan yang mencukupi.  Selain itu, tenaga pengajar perlu mempunyai kad pendaftaran personel CIDB/ kad hijau CIDB yang masih sah, sijil kelulusan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Tapak Pembinaan (CSHO) dan sijil pengajar/ Train the Trainer serta mengemukakan kelayakan akademik yang tertinggi dan resume sebagai dokumen sokongan. 

Syarat dan Peraturan Pentauliahan PLB SICW boleh dirujuk di sini.

Bagaimana Mendaftar
Pusat latihan yang berminat untuk menjadi PLB SICW boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui sistem CIMS CIDB.  Manual Pengguna bagi permohonan PLB SICW boleh dirujuk di sini.

Borang Permohonan
Selain itu, Borang Permohonan PLB SICW boleh dimuat turun dan dikemukakan secara salinan cetak ke Ibu Pejabat CIDB. Borang permohonan PLB SICW boleh dimuat turun seperti berikut:
Borang Permohonan Baru
Borang Permohonan Pembaharuan
Borang Permohonan Penambahan Tenaga Pengajar
Borang Permohonan Pindaan Butiran Maklumat