Pentauliahan Pengurus Projek Pembinaan (CCPM)

Pengurusan Projek Pembinaan adalah satu disiplin professional yang memisahkan fungsi pengurusan sesuatu projek dari fungsi reka bentuk dan pelaksanaan. Pengurusan Projek Pembinaan ditakrifkan sebagai satu pengurusan yang melibatkan pembangunan, perubahan dan inovasi dalam kerja operasi yang merangkumi aktiviti seperti perancangan keseluruhan, penyelarasan dan kawalan projek pembinaan dari permulaan hingga selesai. Ia bertujuan memenuhi keperluan klien untuk menghasilkan satu projek pembinaan yang berfungsi secara fizikal, disempurnakan dalam tempoh masa projek dan menepati kos, kualiti dan standard yang ditetapkan.

Objektif program pentauliahan pengurus projek pembinaan ini adalah:

  1. Mempertingkatkan kualiti kerja binaan melalui pengurusan projek pembinaan oleh pengurus projek pembinaan yang berkelayakan dan kompeten.
  2. Memastikan pengurus projek pembinaan yang ditauliahkan menepati kehendak Construction Industry Competency Standard (CICS) yang dibangunkan Lembaga bersama pemain industri.
  3. Memupuk budaya melaksanakan tugasan di tapak pembinaan pada tahap yang terbaik dan mengamailkan amalan terbaik (best practice) dari mula hingga projek selesai.
Kategori Kelayakan Minima Akademik Tahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan
Kaedah I Kaedah II Kaedah III (RPLE)
1 Professional berdaftar (cth: Ir., Ar., Sr.) - 3 5
2 Sarjana di dalam Pengurusan Projek / bidang berkaitan pembinaan 3 5 6
3 Sijil Antarabangsa di dalam Pengurusan Projek yang diiktiraf (cth: PMP (PMI), CPM (UK), CPM (IPMA), Reg.PM (AIPM), CIOB & AIB) 3 6 8
4 Sarjana Muda di dalam bidang berkaitan pembinaan 5 7 10
5 Sarjana Muda di dalam bidang bukan pembinaan 8 10 12
6 Diploma di dalam bidang berkaitan pembinaan 8 10 12
7 Diploma di dalam bidang bukan pembinaan 10 12 15
8 Sijil di dalam bidang berkaitan pembinaan 10 12 15
9 Sijil Kemahiran Malaysia – Pengurus Pembinaan (Tahap 5) 5 7 10

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan kualiti projek di tapak pembinaanseperti pengurus projek, jurutera, arkitek, jurukur bahan, pengurus binaan dan jawatan lain berkaitan pembinaan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan

Program pentauliahan pengurus projek pembinaan (CCPM) ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  1. Kaedah I - Latihan dan Penilaian,
  2. Kaedah II iaitu Penilaian Sahaja, dan
  3. Kaedah III iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

Kaedah Proses Penilaian
Kaedah I
Latihan dan Penilaian

Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 6
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah II
Penilaian sahaja

Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 6
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah III
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)

Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 6
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah III pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 6 dengan tugas dan tanggungjawab Pengurus Projek Pembinaan (CCPM) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Pengurus Projek Pembinaan bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Keberhasilan program (PO) untuk program pentauliahan pengurus projek pembinaan adalah seperti berikut:

PO Specific Criteria Program Outcome Statement
PO1 Knowledge and Competency

Construction Project Manager who has extensive knowledge and competent in Construction Project Management accomplishing to plan, coordinate, organise, monitor, control, mitigate and handover the construction project in meeeting the cost , duration and quality expected from the project life cycle activities.

PO2 Ethics, Environment, Safety And Health Management

Construction Project Manager who upholds and demonstrates the importance of ethical, professional, environment, safety and health work culture at the workplace and prioritize the sustainable development approach in his constuction project.

PO3 Tender, Contract and Value Management

Construction Project Manager who well verse in tender, contract and value management activities and procedures in delivering high yield investment to his employer through systematic SWOT analysis and solve discrepancies or using appropriate dispute resolution strategies in accordance with the contract until the project close-out activities.

PO4 Procurement and Financial Management

Construction Project Manager who demonstrate the comprehensive understanding of project management finance principles start from initial conceptual stage through client’s needs/brief for effective procurement and in the same time, able to predict and forecast the cash flow and execute the financing control along the project delivery until closing account.

PO5 Design & Liaison and Team Management

Construction Project Manager who excel in effective communication with his employer and team which able to translate the needs into satisfactory and approved design while leading a negotiation with stakeholders and multi-disciplinary project team for authorities’ approvals within reasonable time in compliance with all needs, technical and commercial requirements.

PO6 Quality Management, Project Planning, Monitoring And Control

Construction project manager who ensuring a quality deliverables from his team services through the efficient project planning, monitoring and control with correct establishment of project management procedures in risk management, predicting and forecasting followed by mitigating using specific conventional techniques and modern project management tools for satisfactory documentations records.

PO7 Complex PM Techniques & Operation and Maintenance

Construction project manager who evaluating a range of principles and complex project management techniques across wide obligations for the work of himself and other which include planning, execution and control to underpin substantial and reasonable judgemental evaluation as well as exercising credible autonomy along the process of construction until operation and maintenance.

PO8 Personal & Entrepreneur Skill

Construction project manager who leading an exemplary personal skill include self-directing lifelong learning and facilitate great worthy entrepreneurship skills and continuously explore and obtain related competencies for an efficient and excellence of Construction Project Management.

Module (M) Module Name
Module 01 (M01) Fundamental Of Project Management Competency
Module 02 (M02) Project Initiation
Module 03 (M03) Conceptual Design & Preliminary Estimate
Module 04 (M04) Procurement Management
Module 05 (M05) Project Planning, Monitoring And Control
Module 06 (M06) Project Financial Management
Module 07 (M07) Design Development & Authority Liaiso
Module 08 (M08) Quality Management and Control5
Module 09 (M09) Occupational Safety and Health Management5
Module 10 (M10) Environmental Management5
Module 11 (M11) Value Management
Module 12 (M12) Tender Management
Module 13 (M13) Contract Management
Module 14 (M14) Project Handover And Close-Out
Module 15 (M15) Operation And Maintenance
Module 16 (M16) Project People & Team Management
  • Borang permohonan

    Sila muat turun di sini

  • Senarai Penyedia Latihan Bertauliah yang menjalankan kursus dan latihan melalui Kaedah I

    Rujuk pautan sub menu Penyedia Latihan Bertauliah

  • Senarai pengurus projek pembinaan bertauliah

    Pautan ke carian di CIMS.