Pentauliahan Pengurus Pengurusan Fasiliti (FMM)

Peranan kontraktor fasiliti adalah mencabar dan penting. Terdapat keperluan kontraktor fasiliti untuk terus membangun dan memperoleh kemahiran yang lebih canggih, pengetahuan yang lebih meluas dan prosedur kerja yang lebih efektif seiring dengan kemajuan teknologi, ekonomi dan sosial agar dapat bersaing di peringkat global.

Bagi tujuan menambahbaik keupayaan kontraktor fasiliti yang berdaftar dengan Lembaga, tahap kompetensi pengarah syarikat dan pegawai teknikal perlu diukur dan ditauliahkan melalui program pentauliahan Pengurus Pengurusan Fasiliti (Facility Management Manager) dan Eksekutif Pengurusan Fasiliti (Facility Management Executive) berdasarkan standard kompetensi yang dibangunkan oleh pihak Lembaga. Pihak Lembaga juga telah mensyaratkan hanya syarikat kontraktor yang mempunyai Pengarah Syarikat/Pegawai Teknikal yang telah diukur dan diakui pentauliahannya sahaja yang layak untuk dipertimbangkan untuk didaftarkan sebagai Kontraktor Fasiliti dengan pengkhususan F01 dan F02. Namun, pentauliahan ini tidak terhad kepada personel binaan yang terlibat atau bekerja dengan kontraktor, tetapi dibuka kepada mana-mana personel binaan yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga.

Oleh itu, bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga, pengarah syarikat dan pegawai teknikal bagi pengkhususan kontraktor fasiliti F01 dan F02 serta mana-mana personel binaan yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pengurusan fasiliti adalah dikehendaki dan digalakkan memohon mendapatkan pentauliahan dari pihak Lembaga.

Objektif pentauliahan adalah:

  1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan fasiliti pembinaan yang dilaksanakan oleh personel yang berkelayakan, bertauliah dan kompeten.
  2. Memastikan Pengurus Fasiliti dan Eksekutif Fasiliti menepati kehendak National Occupational Skill Standard (NOSS) atau standard terkini yang dibangunkan oleh industri.
  3. Memenuhi syarat-syarat pendaftaran kontraktor Fasiliti bagi kod bidang F01 dan F02.
  4. Menyediakan platform pendaftaran dan akreditasi yang sistematik.
Kategori Tahap Kelayakan Akademik Tahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan
Kaedah I Kaedah II Kaedah III (RPLE)
1 Professional berdaftar (cth: Ir., Ar., Sr.) 2 3 5
2 Sarjana dalam bidang Pengurusan Fasiliti 3 5 6
3 Sarjana dalam bidang berkaitan Pembinaan 3 5 6
4 Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Fasiliti 5 7 10
5 Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Pembinaan 5 7 10
6 Sarjana Muda dalam bidang bukan berkaitan Pembinaan 8 10 12
7 Sijil Antarabangsa dalam bidang Pengurusan Fasiliti (contoh: BIFM (UK), IFMA) 3 6 8

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan fasiliti bangunan dan infrastruktur serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan, terutamanya Pengarah Syarikat dan Pegawai Teknikal dari kontraktor-kontraktor yang melaksanakan bidang Pengurusan Fasiliti Bangunan dan Infrastruktur Am, Pengurusan Fasiliti Bangunan Penjagaan Kesihatan.

Program pentauliahan pengurus pengurusan fasiliti (FMM) ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  1. Kaedah I - Latihan dan Penilaian,
  2. Kaedah II iaitu Penilaian Sahaja, dan
  3. Kaedah III iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

Kaedah Proses Penilaian
Kaedah I
Latihan dan Penilaian

Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah II
Penilaian sahaja

Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah III
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)

Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah III pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5 dengan tugas dan tanggungjawab Pengurus Pengurusan Fasiliti (FMM) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Pengurus Pengurusan Fasiliti bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Keberhasilan program (PO) bagi program pentauliahan pengurus pengurusan fasiliti (FMM)

PO Kriteria Khusus Penyata Keberhasilan Program
PO1 Pengetahuan dan Kompeten

Pengurus Pengurusan Fasiliti yang mempunyai pengetahuan luas serta kecekapan dalam pengurusan fasilti untuk mencapai perancangan, penyelarasan, mengatur cara, pengawasan, pengawalan, pengurangan dan mengurus sesuatu fasiliti yang memenuhi bajet, jangka masa dan penyampaian berkualliti yang diharapkan sepanjang kitaran hayat sesuatu bangunan itu. 

PO2 Etika Profesional, Alam Sekitar, Keselamatan dan Kesihatan

Pengurus Pengurusan Fasiliti yang berpeggang kepada, dan menunjukkan kepentingan budaya kerja yang berEtika Profesional, Alam Sekitar serta Keselamatanan dan Kesihatan di fasiliti dengan mengutamakan kemampanan dalam cara pengurusan nya.

PO3 Operasi & Penyelenggaraan dan Aplikasi Teknologi

Pengurus Pengurusan Fasiliti yang membuat penilaian rangkaian teknik teknik pengurusan fasiliti Operasi dan Penyelenggaraan yang merangkumi pejalanan projek termasuk perancangan, pelaksanaan dan kawalan untuk menampung penilaian yang agak besar dan munasabah. Menyesuaikan Aplikasi Teknologi lestari dalam proses operasi dan penyelenggaraan.  

PO4 Kommuniskasi dan Pasukan Kerja pengurusan Fasiliti

Facilities Management Manager who excel in effective communication with his employer and team member which able to translate the needs into satisfactory Project Management and leading a negotiation with stakeholders and multi-disciplinary FM Team for compliance with all needs, technical and commercial requirements.

PO5 Quality, Planning, Monitoring and Control

Pengurus Pengurusan Fasiliti yang memastikan penyampaian berkualiti dari servis pasukan sekerja nya melalui perancangan, pengawasan dan pengawalan projek yang efisien dengan langkah langkah pengurusan risiko, penyelenggaraan yang proaktif dan reaktif dalam peramalan and pengunjuran di ikuti pengurangan menggunakan teknik konvensional yang khusus serta kaedah moden pengurusan fasiliti untuk kepastian kualiti yang memuaskan.

PO6 Perolehan. Pengurusan Kewangan dan Bajet

Pengurus Pengurusan Fasiliti yang menunjukkan kefahaman komprehensif tentang prinsip Perolehan, Pengurusan Kewangan dan Bajet dari permulaan konsep menerusi keperluan/penjelasan klien untuk perolehan yang efektif, dan dimasa yang sama berkebolehan untuk meramal dan mengunjur aliran tunai serta melaksanakan pengawalan kewangan sepanjang penyampaian projek dan penutupan akaun. 

PO7 Tender, Pengurusan Kontrak dan Vendor

Pengurus Pengurusan Fasiliti yang mahir dengan aktiviti aktiviti dan prosedur Tender, Pengurusan Kontrak dan Vendor dalam menyampaikan pelaburan yang berpulangan tinggi kepada majikan nya melalui analisa SWOT yang teratur, dan menyelesaikan sebarang percanggahan, atau mengambil langkah strategi resolusi percanggahan yang bersesuaian dengan kontrak.  

PO8 Kemahiran Peribadi & Keusahawanan

Pengurus Pengurusan Fasiliti yang menerajui contoh kemahiran peribadi yang merangkumi kehendak memajukan diri dengan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan, sentiasa meneroka dan mencapai kompetensi relevan untuk kecekapan dan kecemerlangan Pengurusan Projek Fasiliti.

Modul (M) Nama Modul
Modul 01 (M01) Pengenalan kepada Pengurusan Fasiliti
Modul 02 (M02) Perancangan Operasi & Penyelenggaraan
Modul 03 (M03) Perancangan Kepimpinan & Strategi
Modul 04 (M04) Perancangan Kewangan & Bisnes
Modul 05 (M05) Pengawalan Pengurusan Risiko
Modul 06 (M06) Perancangan Komunikasi
Modul 07 (M07) Perancangan Sumber Manusia
Modul 08 (M08) Urus Tadbir Pengurusan Kontrak
Modul 09 (M09) Pengurusan Kawalan Kualiti
Modul 10 (M10) Perancangan Pengurusan Projek
Modul 11 (M11) Perancangan Pengurusan Teknologi
Modul 12 (M12) Pengurusan Fasiliti Penjagaan Kesihatan
Modul 13 (M13) Kemampanan Fasiliti Penjagaan Kesihatan
Modul 14 (M14) Syarat Khas untuk Reka Bentuk Fasiliti Penjagaan Kesihatan
  • Borang permohonan

    Sila muat turun di sini

  • Senarai Penyedia Latihan Bertauliah yang menjalankan kursus dan latihan melalui Kaedah I

    Rujuk pautan sub menu Penyedia Latihan Bertauliah

  • Senarai pengurus pengurusan fasiliti bertauliah

    Pautan ke carian di CIMS.