Kemahiran Binaan

Perantisan atau Apprenticeship adalah bermaksud satu pekerjaan (employment) bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan yang mengandungi elemen pembangunan kompetensi kemahiran seseorang perantis. Ia merupakan program yang mengikat hubungan antara majikan dan perantis dengan tujuan menggilap kemahiran perantis melalui seliaan dan pengawasan seseorang mentor dalam melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi melalui pembelajaran di tempat kerja, latihan sambil bekerja dan pelaksanaan bidang pekerjaan dalam dunia pekerjaan sebenar.

OBJEKTIF

  • Memberi peluang kepada perantis mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran dalam industri;
  • Meningkatkan peluang kebolehpasaran perantis; dan
  • Meningkatkan penyerapan tenaga kerja tempatan ke dalam industri pembinaan.

 

INSENTIF PROGRAM

INSENTIF KEPADA PENGANJUR

  • Insentif sejumlah RM200 sebulan bagi setiap Perantis kepada Penganjur Program sebagai imbuhan bagi membiayai kos pengurusan dan pemantauan perantis.

INSENTIF KEPADA MAJIKAN

  • Bidang Kemahiran Binaan  - RM 800/Perantis/Bulan 
  • Bidang Penyeliaan Pembinaan - RM 1,000/Perantis/Bulan 
  • Bidang Pengurusan Pembinaan - RM 1,300/Perantis/Bulan

HASIL PROGRAM

  • Meningkatkan bilangan tenaga kerja tempatan yang kompeten dan profesional
  • Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing
  • Menggalakkan lebih ramai pekerja tempatan/ bumiputera dalam industri pembinaan
  • Sebagai platform untuk kerjasama yang lebih erat di antara CIDB, pemain industri pembinaan, dan pusat latihan/universiti/kolej
  • Mempercepat dan meningkatkan penyerapan pelatih kemahiran/graduan ke dalam industri

Perantis yang berpotensi adalah dari kalangan pelatih yang telah menamatkan latihan kemahiran di mana-mana Akademi Binaan Malaysia (ABM) atau Pusat Latihan Bertauliah (PLB) CIDB, memperolehi Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dan telah diakreditkan oleh CIDB dengan memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB termasuk kod bidang pendaftaran yang bersesuaian dengan bidang kemahirannya.


Pemilihan Perantis yang berpotensi juga boleh ditumpukan kepada pelatih yang sedang atau baru menamatkan latihan kemahiran di ABM atau PLB tetapi mereka tetap perlu memenuhi syarat sepertimana huraian perenggan di atas. 

Terdapat 3 kategori pemohon bagi program perantisan pembinaan ini iaitu:

  • Pelatih yang telah menamatkan latihan kemahiran di mana-mana Akademi Binaan Malaysia (ABM)
  • Memperolehi Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK)
  • Telah diakredit oleh CIDB dengan memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB
  • Borang permohonan

    Sila klik pautan ini https://cims.cidb.gov.my

  • Senarai penyedia latihan bertauliah

    Pautan ke carian di CIMS.