Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pembinaan (CSHO)

Kursus ini memberi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran personel binaan di dalam bidang keselamatan dan kesihatan pembinaan. Kursus ini terbuka kepada semua personel binaan yang berminat. Peserta akan menjalani kursus dan lulus penilaian bagi melayakkan peserta menerima Penyata Pencapaian dari CIDB.

Syarat adalah terbuka kepada mana-mana individu yang berminat.

Kursus ini ditawarkan kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja penyeliaan dan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan.

Peserta yang menghadiri kursus dan lulus semua penilaian akan dianugerahkan Penyata Pencapaian dari Lembaga.

  • Borang permohonan

    Sila muat turun di sini

  • Senarai Penyedia Latihan Bertauliah yang menjalankan kursus CSHO

    Rujuk pautan sub menu Penyedia Latihan Bertauliah

  • Senarai pegawai keselamatan dan kesihatan pembinaan

    Pautan ke carian di CIMS