Syarat-syarat Penganjuran

SYARAT-SYARAT PENGANJURAN


TUJUAN
Syarat-syarat ini dibuat sebagai panduan dan peringatan kepada pemohon bagi permohonan dan perlaksanaan program yang berkaitan dengan program CCD.

TANGGUNGJAWAB PENGANJUR

  1. Permohonan penganjuran kali pertama dan/atau berikutnya hendaklah mengemukakan Borang Pendaftaran Penganjuran (CIDB/CCD/2020/01) bersama dokumen seperti yang telah ditetapkan didalam Senarai Semak di Pejabat CIDB (Nota: Permohonan boleh diserahkan melalui email, pos atau serahan tangan sahaja).
  2. Program yang hendak diadakan adalah berkaitan dengan pembinaan. Tajuk program mestilah bersamaan dengan tajuk sijil / surat akuan kehadiran.
  3. Penganjur daripada agensi swasta dikehendaki mengemukakan Permohonan Mata CCD tidak lewat dari 14 hari bekerja dari tarikh hari penganjuran bagi mengelakkan permohonan tidak dapat diproses sebelum tarikh penganjuran.
  4. Penganjur daripada Sektor / Bahagian / Unit dalaman CIDB dan agensi kerajaan digalakkan mengemukakan permohonan Mata CCD tidak lewat dari 3 hari bekerja dari tarikh hari penganjuran bagi mengelakkan permohonan tidak dapat diproses sebelum tarikh penganjuran.
  5. Penganjur hanya dibenarkan mengubah tarikh dan / atau lokasi program / kursus CCD sebanyak satu (1) kali sahaja. Kelulusan akan terbatal secara automatik bagi penangguhan program kali kedua. Penganjur diminta membuat Permohonan Baru Mata CCD.
  6. Pertukaran lokasi hanya dibenarkan di dalam negeri yang sama sahaja.
  7. Penangguhan program CCD hanya dibenarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh asal serta mesti di dalam tahun penganjuran yang sama.
  8. Penganjur dikehendaki mengemukakan kenyataan bertulis ke Pejabat CIDB Negeri / Cawangan tidak lewat dari 7 hari bekerja sebelum tarikh kursus dengan maklumat berikut bagi permohonan penangguhan program.
    • Sebab penangguhan
    • Tarikh baru
    • Lokasi baru dalam negeri (sekiranya berubah)
  9. Penganjur hanya boleh memaparkan jumlah mata CCD yang telah diluluskan sahaja ketika mengiklankan program. Penganjur tidak dibenarkan menggunakan logo CIDB bagi tujuan pengiklanan atau promosi program dalam apa jua bentuk media sama ada bercetak atau sebagainya kecuali mendapat kebenaran daripada pihak CIDB.
  10. Pengiklanan perlulah tertumpu kepada promosi program yang dianjurkan. Penganjur adalah dilarang menjadikan mata CCD sebagai tarikan utama dalam pengiklanan.
  11. Penganjur bertanggungjawab dalam pelaksanaan segala urusan berkaitan latihan, termasuk pengiklanan program, pendaftaran peserta, caj yuran peserta, peralatan mengajar, makan dan minum, alat tulis, nota program, sijil penyertaan dan sebagainya.
  12. Penganjur hendaklah memastikan setiap peserta menyertai sepenuhnya aktiviti yang telah disediakan sepanjang tempoh program CCD di adakan.
  13. Penganjur bertanggungjawab bagi mengeluarkan sijil penyertaan / kehadiran / surat pengesahan kepada peserta yang hadir sahaja.
  14. Sijil penyertaan / kehadiran / surat pengesahan mesti mencatatkan perkara-perkara berikut:
    • Jumlah mata CCD
    • Nombor kelulusan mata CCD
  15. Penganjur dikehendaki mengemukakan dokumen berikut dalam tempoh 14 hari selepas tarikh program dijalankan kepada Pejabat CIDB Negeri / Cawangan yang mengeluarkan surat kelulusan.
    • Bukti Kehadiran Peserta dalam salinan asal yang mengandungi maklumat berikut :
      • Namasyarikatkontraktor
      • Namapenuhpeserta
      • Nomborkadpengenalanpeserta Nombortelefonbimbitpeserta
      • Tandatangan peserta (Nota: perlu mempunyai sesi pagi dan petang bagi program CCD yang dijalankan dalam tempoh satu (1) hari dan ke atas)
      • Satu Contoh Sijil Asal yang diberikan kepada peserta.

PEMBAYARAN FI PROSES

  1. Setiap permohonan dikenakan fi proses sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus sahaja) yang boleh dibayar di pejabat CIDB.
  2. Kegagalan membuat pembayaran Fi Proses akan mengakibatkan permohonan tidak akan diproses.
  3. Fi proses yang dibayar tidak boleh dituntut kembali atau ditukar ke program yang lain.
  4. Pengecualian fi proses hanya diberikan kepada penganjur seperti yang berikut :
    • Sektor / Bahagian / Unit dalaman CIDB
    • Agensi Kerajaan sepenuhnya

HAK CIDB

  1. CIDB berhak membuat pemantauan ke atas program CCD dari semasa ke semasa seperti berikut:
    • Melawat premis latihan pada bila-bila masa pada waktu program CCD dijalankan tanpa atau dengan notis kepada penganjur.
    • Memantau pelaksanaan latihan yang dijalankan oleh penganjur agar menepati subjek/topik berkaitan dengan pembinaan.
    • Memeriksa kemudahan dan peralatan yang disediakan oleh penganjur.
    • Menemubual peserta dan penceramah program serta mendapatkan maklum balas peserta terhadap program yang dijalankan.
    • Memeriksa rekod kehadiran, pengajar serta peserta yang terlibat.
  2. Pemberian status permohonan lulus / gagal / penarikan mata CCD adalah hak mutlak CIDB.
  3. CIDB mempunyai hak mutlak bagi mengkaji dan meminda syarat-syarat serta skima mata bagi program CCD dari semasa ke semasa.
  4. CIDB mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan yang tidak menepati objektif, lewat, tidak lengkap atau meragukan daripada pihak penganjur tanpa sebarang alasan.
  5. CIDB berhak mengenakan apa-apa bentuk tindakan yang perlu kepada penganjur program termasuk pengurus/pengarah sekiranya penganjur melanggari syarat-syarat ini.

TINDAKAN TATATERTIB

  1. Penganjur yang tidak mematuhi syarat-syarat ini boleh dikenakan tindakan berikut:
    • Surat tunjuk sebab dikeluarkan
    • Penggantungan pemberian mata CCD untuk permohonan baru mata CCD sehingga syarat 2.15 dipatuhi.
    • Disenarai hitam daripada kelulusan permohonan mata CCD untuk empoh 6 bulan.
    • Menarik balik pemberian mata CCD penganjur.

SKEMA MATA CCD

SKEMA MATA CCD