Apakah E-Learning

Apa itu Sistem E-LEARNING CIDB?

Portal E-Learning merupakan satu platform untuk menempatkan semua modul atas talian yang telah dibangunkan oleh pihak CIDB. Ianya mempunyai fungsi papan pemuka, daftar masuk, akaun admin, akaun pengguna, memuat naik dan memuat turun pelbagai fail dan lain-lain. Bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital.

Apa kebaikan Sistem E-LEARNING CIDB?

E-Learning membolehkan proses pembelajaran yang dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui E-learning, pengguna dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan.
Sistem yang memudahkan pelbagai pihak dimana keputusan dan sijil diperolehi dalam masa yang amat singkat. Sijil yang diberikan adalah dalam bentuk maya dan ini memudahkan pengguna untuk muat turun dan mencetak pada bila-bila masa. 

Konsep
Konsep bagi Sistem E-Learning CIDB ialah pendaftaran, pembayaran dan pembelajaran kursus dibuat secara online melalui www.cims.cidb.gov.my manakala ujian penilaian akan dibuat secara online di Pejabat CIDB Negeri / Cawangan atau di pusat penilaian CIDB. 

Pendaftaran

  • Pengguna yang ingin mendaftar kursus E-Learning perlu mempunyai ID INDIVIDU yang boleh dicipta di halaman utama www.cims.cidb.gov.my . Bagi yang ingin mendaftar Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor dan Kursus Pengurusan Bisnes, pengguna perlu memasukkan No Pendaftaran Kontraktor bagi mendaftar kursus tersebut. Sila rujuk Garis Panduan Sistem E-Learning (Log Masuk) untuk maklumat lebih lanjut. 

Pembayaran

  • Pembayaran bagi kursus E-Learning adalah melalui online. Pembayaran boleh dibuat menggunakan Kad Kredit atau Perbankan Internet. 
  • Makluman penting kepada pengguna: Pembayaran hanya dibuat melalui Sistem E-Learning sahaja. Pembayaran tidak boleh dibuat di mana-mana kaunter CIDB Negeri / Cawangan. Sila ambil perhatian berkenaan perkara ini.

Pembelajaran

  • Setelah selesai pembayaran, pengguna akan mendapat akses kepada pembelajaran mengikut kursus yang telah didaftarkan. Cara penggunaan ada dinyatakan dalam Garis Panduan Sistem E-Learning (Pembelajaran). Modul pembelajaran yang mudah dan interaktif serta nota disediakan kepada pengguna dan boleh dimuat turun bagi memudahkan pembelajaran. Pengguna perlu melengkapkan kemajuan pembelajaran (progress learning) 100% dan mendaftar tarikh peperiksaan dalam tempoh yang telah ditetapkan (30 hari). Sekiranya pengguna gagal berbuat demikian, pengguna akan dikira gagal dan perlu membuat pembayaran semula sekiranya ingin berdaftar kursus tersebut. Pengguna dibenarkan membuat perubahan tarikh ujian penilaian satu (1) kali sahaja dan perubahan tersebut hendaklah di buat tiga (3) hari sebelum tarikh ujian penilaian yang telah di daftarkan. Sekiranya gagal hadir pada tarikh yang telah dibuat, pengguna dikira gagal dan perlu mendaftar baru kursus E-Learning.  

Ujian Penilaian

  • Pada hari ujian penilaian, pengguna dikehendaki hadir awal ke lokasi ujian penilaian diadakan. Pastikan sesi, ujian penilaian dan tempat ujian penilaian adalah betul bagi mengelakkan sebarang masalah yang mungkin akan mengakibatkan kegagalan untuk mengikuti ujian penilaian. Pegawai bertugas akan menyemak kehadiran peserta dan taklimat ujian penilaian akan dibuat sebelum ujian penilaian dimulakan. Tempoh masa ujian penilaian adalah berbeza-beza mengikut jenis ujian penilaian. Lain-lain arahan akan dimaklumkan pada hari ujian penilaian dijalankan.  Keputusan dan sijil akan diperolehi serta merta sejurus pengguna menghantar ujian penilaian atau masa ujian penilaian telah tamat. 

Kursus-kursus yang terlibat bagi Sistem E-Learning ialah Kursus Integriti dan Kod etika Kontraktor, Kursus Pengurusan Bisnes dan Kursus E-Sicw. Pelbagai kursus akan diwujudkan di dalam sistem ini dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 

Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor

  • Program Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor telah dilancarkan oleh CIDB pada tahun 2008 dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kursus ini diperkenalkan untuk mengiktiraf dan mempertingkatkan kecekapan pengurusan dan etika kontraktor. Melalui kursus ini, kontraktor dapat mempertingkatkan kualiti kerja pembinaan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

  • Keperluan daripada pendaftaran kontraktor: Kontraktor baru yang telah berdaftar dengan CIDB diwajibkan menghadiri serta lulus Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perakuan Pendaftaran Kontraktor dikeluarkan atau sebelum pembaharuan kali pertama dibuat. Kursus tersebut mestilah dihadiri oleh salah seorang Pemilik/ Pengarah atau Ahli Lembaga Pengarah syarikat. Permohonan pembaharuan Perakuan Pendaftaran bagi kali pertama hendaklah disertakan dengan Sijil Pencapaian Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan permohonan pembaharuan Perakuan Pendaftaran tidak dapat dipertimbangkan. 

Kursus Pengurusan Bisnes

  • Kursus pengurusan bisnes diwujudkan sejak tahun 2005 bertujuan untuk melatih kontraktor dalam menguruskan syarikat dan projek pembinaan. Ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada kontraktor bagaimana untuk menguruskan syarikat sama ada berkaitan dengan akaun syarikat atau pon menguruskan sumber manusia syarikat. Selain itu juga pembelajaran tentang undang-undang berkenaan dengan industri pembinaan juga disediakan supaya kontraktor tahu undang-undang yang terlibat apabila menjalankan projek dalam industri ini. 

  • Keperluan daripada pendaftaran kontraktor: Permohonan pendaftaran baru bagi gred G1 hingga G3 yang tidak mempunyai sijil teknikal/ personel teknikal dalam bidang pembinaan, semasa sijil PPK diperbaharui buat kali pertama, salah seorang pemilik/ pengarah syarikat wajib menghadiri dan lulus kursus Pengurusan Bisnes dan memiliki Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes (SKP). Sijil ini perlu dikemukakan semasa permohonan pembaharuan kali pertama dibuat. Kursus ini perlu dihadiri dalam tempoh 2 tahun dari tarikh Perakuan Pendaftaran Kontraktor dikeluarkan atau sebelum pembaharuan kali pertama dibuat.

Berikut adalah Garis Panduan bagi penggunaan Sistem E-Learning CIDB. Pengguna boleh muat turun dan rujuk garis panduan tersebut sebagai rujukan untuk menggunakan sistem ini.

           i. Log Masuk - Manual Pengguna

           ii. Langganan Kursus - Manual Pengguna

           iii. Pembelajaran - Manual Pengguna

           iv. Peperiksaan - Manual Pengguna

 

PERATURAN PEPERIKSAAN

  1. Patuhi etika berpakaian. Peserta dilarang merokok.

  2. Peserta dilarang meniru, memberi tiru, menyamar, tukar tempat duduk dan menyeleweng. Gerak geri peserta yang mencurigakan akan diperhatikan.

  3. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit, kamera atau sebarang  alat rakaman di pusat penilaian. Sila matikan telefon bimbit/telefon mudah alih atau pastikan telefon bimbit dalam keadaan mod senyap.

  4. Jangan   menggangu   ketenteraman   atau   melakukan   kekacauan   di   dalam   atau berhampiran pusat penilaian semasa sesi peperiksaan sedang dijalankan.

  5. Peserta tidak dibenarkan membawa nota rujukan ketika sesi ujian peperiksaan sedang dijalankan.

  6. Peserta dinasihatkan untuk menggunakan komputer dengan cermat.

  7. Sekiranya komputer didapati tidak berfungsi, peserta dinasihatkan untuk maklumkan kepada pegawai bertugas.

  8. Sekiranya masalah berkaitan komputer/network/device tidak dapat diselesaikan, pegawai bertugas akan memaklumkan kepada peserta untuk mendaftar sesi peperiksaan yang baru. Peserta dikehendaki untuk mendaftar sesi peperiksaan yang baru dalam masa 7 hari (tiada caj dikenakan). Sekiranya peserta gagal berbuat demikian, peserta akan dikira gagal.

  9. Peserta diwajibkan untuk menjawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.

  10. Untuk makluman, sistem secara automatik akan menghantar jawapan ujian penilaian sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat. Peserta akan memperolehi keputusan secara langsung. Keputusan peperiksaan adalah muktamad.

  11. Pegawai bertugas  berhak  untuk  melarang  individu  daripada  meneruskan  sesi

  12. peperiksaan yang didapati melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan. 

SENARIO SEMASA PEPERIKSAAN

  1. Sekiranya peserta mendapati komputer/network/device tidak berfungsi, sila laporkan kepada pegawai bertugas dengan kadar segera.

  2. Sekiranya peserta mendapati sebarang masalah berkaitan komputer/network/device, pegawai bertugas akan memaklumkan kepada peserta untuk menggunakan komputer/device/network yang lain bagi meneruskan sesi peperiksaan yang tergendala.

Pengguna boleh mendaftar kursus di E-LEARNING CIDB melalui dengan langkah-langkah seperti berikut:

  • Klik ‘Log Masuk’ ke sistem CIMS menggunakan ID INDVIDU pada pautan https://cims.cidb.gov.my 
  • Klik Menu e-learning. Pengguna boleh melihat senarai kursus e-learning dan pengguna boleh mendaftar mana kursus yang dikehendaki.

Bagaimana kaedah pembelajaran kursus melalui E-LEARNING CIDB?

  • Pembelajaran melalui e-learning adalah secara atas talian iaitu boleh dicapai/digunakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja (24 jam, 7 hari) dengan adanya capaian internet sama ada melalui wi-fi, streamyx, broadband dan lain-lain lagi.
  • Pembelajaran juga boleh diakses melalui komputer, komputer riba, telefon pintar, dan tablet.

Bagaimanakah bentuk bahan pembelajaran kursus melalui E-LEARNING CIDB?

  • Cara pembelajaran melalui e-learning adalah dalam bentuk bahan multimedia iaitu mengandungi suara, animasi, gambar, teks dan memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna e-learning. Terdapat penilaian kendiri untuk menguji kefahaman pengguna e-learning.

Bagaimana hendak mendapatkan Sijil/Slip Keputusan Kursus E-LEARNING CIDB?

  • Pengguna boleh mencetak sendiri Sijil/Slip Keputusan Kursus dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
    • Klik pada menu ‘Sijil-sijil’.
    • Dipaparkan senarai kursus yang telah tamat. Klik ‘lihat sijil’ pada kursus yang dikehendaki. Pengguna boleh muat turun dan mencetak sijil-sijil tersebut.

Apakah syarat untuk mendapatkan Sijil/Slip Keputusan Kursus E-LEARNING CIDB

  • Syarat untuk mendapatkan Sijil/Slip Keputusan Kursus adalah mengikut kriteria seperti berikut:
    • Peserta hendaklah tamat pembelajaran serta lulus ujian penilaian bagi kursus yang didaftar. 

Sebagai contoh Kursus Integriti dan Kod Etika Kontraktor, ‘Tempoh Pembelajaran’ = 30 hari. Peserta perlu menghabiskan pembelajaran kursus tersebut dan mendaftar sesi peperiksaan dalam tempoh yang diberikan (30 hari) dan wajib mengikuti ujian penilaian di pusat penilaian CIDB. Hanya peserta yang lulus sahaja layak memiliki sijil pencapaian. 

Bagaimana untuk mendaftar Ujian Penilaian Kursus E-LEARNING CIDB? 

  • Peserta perlu mencukupi syarat Minimum Pembelajaran untuk kursus yang diambil. Sila lihat perkara berikut:
  • Lihat kemajuan pembelajaran yang dipaparkan pada papan muka e-learning CIDB. 
  • Sekiranya kemajuan pembelajaran tidak mencapai kemajuan yang ditetapkan, butang ‘pilih peperiksaan’ tidak dipaparkan.
  • Peserta hendaklah mencapai kemajuan pembelajaran tersebut supaya butang ‘pilih peperiksaan’ akan dipaparkan.

Kenapa tidak boleh mencetak Sijil/Slip Keputusan Kursus E-LEARNING CIDB?

  • Peserta boleh mencetak sijil/Slip Keputusan Kursus tanpa masalah dengan memastikan perkara berikut:
  • Pastikan komputer dilengkapi Adobe Reader.
  • Pastikan komputer membenarkan Pop-up Blocker.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pengguna terlupa kata laluan?

  • Sekiranya peserta terlupa kata laluan, maka peserta perlu klik hiperangkai 'Lupa Kata Laluan' di bawah petak Log Masuk dan memasukkan ID Pengguna(e-mel) di dalam petak 'Lupa Kata Laluan'. 
  • Kata Laluan sementara yang baharu akan dihantar kepada peserta menerusi e-mel. Jika peserta tidak menerima e-mel tersebut, maka peserta boleh menghubungi ebantuan di talian 1-300-88-2432 atau layari lama sesawang ebantuan.cidb.gov.my