Aplikasi Contractor4U

Apa itu Contractor4U?

Aplikasi yang dibangunkan oleh CIDB Malaysia bertujuan sebagai mediumkebolehcapaianpemilik premis kediaman dan perniagaan untuk mendapatkan khidmat kontraktor tempatan yang berdaftar bagi kerja dan tred perkhidmatan yangtelah ditawarkan di dalam Contractor4U.

Apa kebaikan Contractor4U?

  • Membantu pemilik premis kediaman dan perniagaandalam mendapatkan perkhidmatan kontraktor yang berdaftar dengan CIDB.
  • Menjamin keselamatan kepada pengguna kerana aplikasi ini berintegrasi dengan sistem CIMS yang merekodkan maklumat-maklumat ahli Contractor4U.
  • Ahli Contractor4U mempunyai kompetensi di dalam perkhidmatan Kerja Mengecat, Kerja Pendingin Hawa, Kerja Penjubinan dan Kerja Landskap.
  • Ahli Contractor4U juga mempunyai pendaftaran yang sah dengan agensi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi perkhidmatan Kerja Perpaipan Dalaman Bangunan dan agensi Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi perkhidmatan Kerja Pendawaian Elektrik.
  • Bagi perkhidmatan Kerja Pengubahsuaian, ahli Contractor4U mempunyai Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) yang sah daripada CIDB Malaysia. 

Senarai Perkhidmatan Contractor4U

  • Kerja Perpaipan Dalam Bangunan
  • Kerja Pendawaian Elektrik
  • Kerja Pengubahsuaian
  • Kerja Pendingin Hawa
  • Kerja Penjubinan
  • Kerja Mengecat
  • Kerja Landskap

Apakah syarat-syarat menjadi ahli Contractor4U?

1. Firma kontraktor berdaftar gred G1 & G2 dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor masih sah ketika membuat permohonan keahlian.
2. Semua tred perkhidmatan perlu mempunyai pendaftaran pengkhususan seperti berikut:-

No.

Tred Perkhidmatan

Pengkhususan

1

Kerja Perpaipan Dalam Bangunan

B10

2

Kerja Pendawaian Elektrik

E04

3

Kerja Pengubahsuaian

B28

4

Kerja Pendingin Hawa

M01

5

Kerja Penjubinan

B13

6

Kerja Mengecat

B14

7

Kerja Landskap

B09

3. Bagi pembaharuan kali pertama keahlian, Pemilik atau Pengarah Firma atau Personel Teknikal(wajib isytihar dalam CIMS) perlu memiliki Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB / yang setaraf untuk tred perkhidmatan Kerja Pendingin 4. Hawa (Tahap2),Kerja Penjubinan (Tahap 1), Kerja Mengecat (Tahap 2) dan Kerja Landskap (Tahap 2). 
5. Terbuka kepada firma kontraktor sedia ada & baharu. 
6. Tidak berada dalam senarai tindakan tatatertib oleh CIDB Malaysia.
7. Pemilik / pengarah firma tiada rekod jenayah.
8. Yuran keahlian aplikasi untuk 12 bulan pertama adalah percuma. Untuk pembaharuan keahlian 12 bulan berikutnya, fi keahlian RM100.00 akan dikenakan.

  1. Contractor4U - Penyedia Perkhidmatan (Kontraktor)
  2. Contractor4U Pro - Pengguna Umum (Pemilik Premis Kediaman / Perniagaan)
Pendaftaran keahlian Contractor4U boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi
Contractor4u
certCCD

MUAT TURUN APLIKASI CONTRACTOR4U

 

nonpro
c4uproappstoregplay