Apakah Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan (QLASSIC)

Kualiti adalah antara parameter paling penting dalam industri pembinaan selain daripada masa dan kos. Namun kualiti bersifat subjektif, dan sukar untuk dihitung.

Pada tahun 2005, CIDB dengan kumpulan kerja yang terdiri daripada pemegang amanah harta awam dan swasta telah sepakat menggariskan standard industri pembinaan atau CIS (Construction Industry Standard) berasaskan keperluan kualiti untuk industri berkenaan.

Hasilnya terciptalah apa yang dipanggil sebagai Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan atau QLASSIC (Quality Assessment System for Building Construction Works) (CIS 7:2014).

Apakah itu Qlassic

QLASSIC merupakan sistem atau kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7:2014). QLASSIC memboleh kualiti kemahiran kerja antara projek pembinaan dapat dibandingkan secara objektif menerusi satu sistem penskoran.

Objektif QLASSIC
  • Menanda aras kualiti kemahiran kerja industri pembinaan.
  • Menentukan satu sistem penilaian terhadap kualiti kemahiran kerja pembinaan
  • Mentaksir dan menilai kemahiran kerja sesebuah projek pembinaan berdasarkan standard relevan yang diperakui
  • Untuk diguna sebagai kriteria pentaksiran prestasi kontraktor berdasarkan kualiti kemahiran kerja
  • Untuk menyusun dan menghimpun data bagi analisa statistik
Skop QLASSIC

QLASSIC menetapkan standard pada kualiti kemahiran kerja bagi pelbagai elemen pembinaan untuk kerja pembinaan bangunan. Markah diberikan apabila kemahiran kerja berkenaan mematuhi standard yang digariskan, iaitu mengguna . Markah tersebut kemudian dijumlahkan untuk mengira Skor QLASSIC (%) terhadap satu-satu projek pembinaan bangunan.

Penilaian QLASSIC dilaksana menerusi pemeriksaan tapak serta mengguna prinsip pemeriksaan kali pertama. Kerja-kerja pembinaan yang diperbaiki selepas penilaian dibuat tidak akan dinilai semula. Objektif prinsip ini ialah untuk menggalakkan kontraktor "Do Things Right the First Time and Every Time".