-
Mengikut prosedur dan syarat–syarat pengeluaran Certificate of Approval (COA), di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Impot), mana-mana produk/ bahan binaan yang ingin dibawa masuk ke negara ini perlu memperolehi Product Certification atau lulus Full Type Test Report (FTTR) dari negara pengeluar SEBELUM DIHANTAR KE NEGARA INI.
-
Berkuatkuasa 30 April 2014 (Tarikh Bill Of Lading) mana-mana produk yang telah sampai di pintu masuk negara tanpa mempunyai salah satu dari dokumen diatas, maka permohonan CoA tidak akan diproses oleh CIDB. Pengimpot perlu menanggung sebarang implikasi yang timbul ekoran pelanggaran syarat tersebut.
-
Walaubagaimanapun, berdasarkan dasar sedia ada yang ditetapkan oleh MITI, produk-produk dibawah diberi kelonggaran di mana produk boleh menjalani ujian apabila telah sampai ke Negara ini:
-
Besi & Keluli (di bawah 250 mt)
-
Float Glass, Fiber Cement Flat Sheet, Insulation Material dan Radient Barrier (dari tempoh 31 Januari 2014 sehingga 31 Mac 2014 sahaja).
-
-
Bermula pada 01 Januari 2015 produk berikut adalah dikuatkuasa memerlukan COA dibawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).
-
Produk kaca Low-E memerlukan pematuhan standard EN 1096 Pt 4 bagi produk Hardcoat
-
Produk kaca Low-E softcoat memerlukan pemantuhan standard MS 1135/ MS 2397/MS 1498
-
-
Berkuatkuasa 1 Julai 2015, semua produk aluminium Composite Panel for exterior and interior Wall hendaklah mematuhi Standard MS 2571:2014
-
Berkuatkuasa 1 Oktober 2015, bagi produk "fire clay" hendaklah mematuhi Standard MS 2578: 2014. Selepas ini tiada pengecualian akan diberikan.
-
Warta Terkini Berkuatkuasa 1 Julai 2014 - Aloy and Steel (Jadual Ke-4 Perintah Kastam - Larangan Mengenai Import) - PUA 172-2014 - Setiap permohonan “3rd Party Lab”, badan pemeriksaan WAJIB dilampirkan “MILL CERTIFICATE” bagi produk Besi dan Keluli.
-
Penguatkuasaan produk-produk di bawah Perintah Kastam (larangan mengenai import) Warta PU () 341/2013 diwartakan pada 19 November 2013 dan dikuatkuasakan pada 31 Januari 2014 :
-
Float Glass
-
Insulation Materials
-
Radiant Barrier
-
Fibre Cement Flat Sheet
-
-
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) telah memutuskan berkuatkuasa 31 Januari 2014, produk-produk di atas mesti memperoleh Certificate Of Approval (COA) Dari CIDB sebagai syarat kemasukan ke dalam negara ini. Menurut arahan MITI dari 31 Januari 2014 hingga 31 Mac 2014, COA boleh dikeluarkan berdasarkan "Procedure 2 Months For New Gazzeted Products" seperti di (Lampiran 1). Bermula 1 April 2014, COA akan dikeluarkan berdasarkan prosidur permohonan sedia ada (rujuk prosidur permohonan COA di laman web CIDB). Semua pengimport bahan-bahan berkaitan adalah diminta untuk mematuhi arahan ini.
Permohonan Sijil Kelulusan (COA)
Program ini adalah sebahagian daripada Perintah Akta Kastam (Larangan Mengenai Import) 1988 Pindaan 2003/2004 untuk memastikan kualiti produk pembinaan yang diimport. Bahan-bahan pembinaan yang disenaraikan dalam Akta Kastam mesti mempunyai Sijil Kelulusan (COA) daripada CIDB sebelum bahan-bahan yang boleh diimport ke dalam Malaysia. Keperluan untuk memperoleh COA adalah berdasarkan fasa keperluan Standard Malaysia (MS).
Untuk maklumat lanjut, layari pautan-pautan web berikut:
Bahan-bahan pembinaan berikut perlu disahkan dengan COA oleh CIDB :
NO | PRODUCTS AND MATERIALS | STANDARD | HS CODE |
---|---|---|---|
1 |
Ceramic Products Ceramic Tile Ceramic Pipe and Pipe Fittings |
MS ISO 13006 MS 1061, PART 1:1999 |
6907.10 100, 6907.90 100 6906.00 000 |
2 | Sanitarywares | MS 147/ MS 1522/ MS 795 |
6010.10 900, 6010.10 200, |
3 |
|
|
|
4 |
*Flat fibre casting sheets, not containing asbestos |
MS 1296 |
6811.82 100
|
5 |
Cement
|
MS 898 |
2523.21 000
|
6 |
*Insulation materials Glass wool, rock wool & mineral wool |
MS 1020
|
6806.10 000 |
7 | Radiant barrier (thermal foil insulation) | MS 2095 | 7607.20 100 |
8 |
*Float glass Clear glass |
MS 1135 |
7005.29 900 |
9 |
Alumininum
|
MS 2040: 2007
MS 1848 : 2005 |
7606.11 000, 7606.12 000, 7606.91 000, 7606.92 000 7607.11 000 |
Nota: Tarikh penguatkuasaan baru untuk bahan-bahan pembinaan yang baru akan diumumkan kemudian. Permohonan COA boleh dibuat dengan menggunakan borang e-Permit/Q1, dan hendaklah disokong oleh dokumen-dokumen berikut:
01
Satu salinan Sijil Produk, atau salinan asal laporan ujian konsainan;
02
Satu salinan Bill Muatan ("Bill of Lading");
03
Sebuah Invois dan Senarai Pembungkusan ("Packing List");
04
Resit asal bayaran pengesahan;
05
Surat pengesahan asal dari pengeluar/pengeksport;
06
Salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (untuk permohonan kali pertama); dan
07
Satu salinan Sijil Kilang ("Mill of Certificate"), mengikut keperluan bahan binaan itu (jika diperlukan).