Latihan Kemahiran Pembinaan

Sebagai sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan Negara dan selaras dengan peruntukan dalam Akta penubuhannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sentiasa peka untuk mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan Negara supaya mereka boleh menyumbang ke arah peningkatan daya saing industri ini pada masa hadapan.

Lantaran itu, CIDB telah memanfaatkan potensi tenaga kerja di kalangan golongan belia bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing dan pada masa yang sama mempertingkatkan lagi tahap kemahiran pekerja binaan dengan menyediakan latihan kemahiran khusus sepertimana yang dikehendaki oleh industri pembinaan.

Bagi memastikan seluruh lapisan tenaga kerja dalam industri pembinaan mempunyai tahap kemahiran yang diperlukan oleh industri, mereka perlu diberikan latihan kemahiran dalam tred-tred berkaitan yang diperlukan. CIDB telah mengenalpasti latihan kemahiran yang diperlukan oleh industri pembinaan bagi mempersiapkan diri mereka menjadi pekerja binaan berwibawa yang berupaya menghasilkan prestasi kerja yang berkualiti, produktif lagi cekap.

Matlamat Latihan Kemahiran CIDB:

  1. Melahirkan lebih ramai pekerja binaan tempatan mahir & separuh mahir bagi mengurangkan kebergantungan Negara kepada tenaga kerja asing;
  2. Melahirkan tenaga kerja binaan yang produktif, mempunyai kesedaran terhadap keselamatan, berorientasi kualiti dan cekap bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin pesat berubah;
  3. Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk mempertingkatkan tahap kemahiran mereka dari semasa ke semasa;
  4. Menyokong industri pembinaan mencapai daya saing dengan menyediakan tenaga kerja binaan yang mempunyai tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi pembinaan yang semakin canggih, serta
  5. Membangun dan merintis laluan mengeksport tenaga kerja pakar yang terlatih untuk menjalankan kerja pembinaan di luar Negara.

 

Program Belia Lepasan Sekolah

Terbuka kepada semua golongan belia warganegara Malaysia berusia 16 hingga 35 tahun. Bagi program latihan kemahiran ini, pembiayaan akan ditanggung sepenuhnya oleh CIDB. Latihan kemahiran adalah dijalankan di semua Akademi Binaan Malaysia (ABM) seluruh Negara dan pusat latihan bertauliah CIDB.

Persijilan

Setiap pelatih yang lulus dalam latihan kemahiran akan dianugerahkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dalam tred berkenaan.

CIDB telah menubuhkan 6 Akademi Binaan Malaysia (ABM) bertujuan untuk menyediakan latihan kepada golongan Belia dan Personel Binaan yang ingin menjalani latihan di dalam bidang industri Pembinaan.

Lokasi-lokasi ABM adalah seperti berikut:

ABM Wilayah Utara
Lot 2991 & 2992, Jalan Sintok-Padang Sanai,
Mukim Temin 06010 Sintok, Kedah.

Tel04 – 9242 200
Fax04 – 9241 100

ABM Wilayah Tengah
Lot 8, Blok E, Jalan Chan Sow Lin,
Mukim Temin 06010 Sintok, Kedah.

Tel03 – 9200 2008
Fax03 – 9200 2009

ABM Wilayah Selatan
Lot 2067, Batu 3, Jalan Tampoi,
80000 Johor Bahru, Johor.

Tel07 – 238 8152
Fax07 – 234 5808

ABM Wilayah Timur
Jenagor, Peti Surat 25,
21700 Kuala Berang, Terengganu.

Tel 09 – 681 8327 / 28
Fax 09 – 681 8329

ABM Sarawak
Tingkat 1, Blok A, Kompleks CIDB,
Jalan Sultan Tengah,
93050 Kuching, Sarawak.

Tel 082 – 446 700
Fax 082 – 442 700

ABM Sabah
Jalan Mangga, Batu 6, Kolombong,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Tel 088 – 430 615/616
Fax 088 – 431 359