Sebagai sebahagian daripada Piagam Pelanggan, CIDB berusaha untuk mencapai objektif-objektif berikut :
Pendaftaran Kontraktor Tempatan
Tempoh yang diambil untuk memproses permohonan-permohonan berikut adalah 2 hari bekerja selepas permohonan diterima secara atas talian oleh pegawai proses di Bahagian Pendaftaran Kontraktor & Levi :
- Permohonan Baru (R1)
- Pembaharuan (R4)
- Pendaftaran Semula (R10)
- Perubahan Gred / Kategori / Pengkhususan (R5)
- Perubahan Butir (R6)
- Permohonan Kebenaran Khas
Pendaftaran Personel Binaan
Cetakan Kad Pendaftaran Personel Binaan disiapkan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh resit bayaran dikeluarkan.
Pengisytiharan Kerja Pembinaan dan Pengenaan Levi
Pengisytiharan kerja pembinaan dilaksanakan melalui atas talian dan Levi akan dikenakan serta merta selepas pengisytiharan dibuat.