- Gagal Mengisytiharkan Kontrak Kerja Pembinaan
Kontraktor akan dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit sekiranya tidak mengisytiharkan dan mengemukakan kontrak kerja pembinaan yang telah diawardkan atau tidak menzahirkan sepenuhnya semua fakta dan hal keadaan liabiliti untuk membayar levi itu kepada CIDB.
- Notis Tuntutan
Notis Tuntutan (Notice of Demand) akan dikeluarkan kepada kontraktor yang gagal membayar levi dalam tempoh liabiliti (30 hari) dari tarikh pengeluaran Borang CIDB L2/96. Segala urusan pendaftaran akan disekat apabila Notis Tuntutan dikeluarkan. Di samping bayaran levi, kontraktor turut dikenakan bayaran guaman sebanyak seratus lima puluh ringgit. Kontraktor perlu menjelaskan bayaran ini dalam tempoh 21 hari dari tarikh Notis Tuntutan dikeluarkan untuk mengelakkan tindakan tatatertib dan tindakan mahkamah.
- Pengisytiharan kerja Pembinaan Yang Meragukan
Kontraktor yang membuat pengisytiharan yang meragukan (maklumat projek, nilai kerja pembinaan, dokumen dll) boleh dikenakan tindakan tatatertib.
- Perlantikan juruperunding atau Penilai
Sekiranya pihak CIDB meragui pengisytiharan yang dilakukan oleh pihak kontraktor, CIDB berhak untuk melantik mana-mana juruperunding atau penilai untuk membuat penilaian ke atas projek tersebut. Pengenaan levi akan diselaraskan berdasarkan kepada penilaian yang telah dibuat. Sekiranya pihak kontraktor tidak berpuas hati ke atas penilaian tersebut, penilaian kedua akan dibuat oleh juruperunding yang dilantik oleh CIDB tetapi segala kos tersebut akan ditanggung oleh pihak kontraktor.
- Tindakan Tatatertib dan Penalti
Kontraktor boleh dikenakan tindakan tatatertib dan penalti sepertimana berikut:
- Gagal mengisytiharkan kerja pembinaan (Penalti sehingga maksimum RM500,000.00)
- Gagal Menjelaskan Levi dalam tempoh yang ditetapkan oleh CIDB
(Penalti sehingga maksimum RM25,000.00 atau dua kali nilai levi atau yang mana lebih tinggi) - Pengisytiharan Meragukan
(Penalti sehingga maksimum RM500,000.00)
Kontraktor boleh dikenakan tindakan tatatertib ke atas pendaftaran sekiranya masih gagal membayar levi, iaitu:
- Pendaftaran Kontraktor Digantung
- Pendaftaran Kontraktor Ditarik Balik
- Pendaftaran Kontraktor Dibatalkan
- Tindakan Mahkamah
Kontraktor berdepan dengan tindakan mahkamah, iaitu dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau empat kali ganda nilai amaun levi yang perlu dibayar atau mana-mana hukuman yang lebih tinggi sekiranya tidak membayar apa-apa levi dalam tempoh yang ditetapkan oleh CIDB.
- Mengenai Kami
- Perundangan
- Garis Panduan
- Garis Panduan Pengisytiharan Kerja Pembinaan & Pengenaan Levi