Pengenaan Levi

  1. Kadar Levi

    Levi sebanyak 0.125% dikenakan ke atas jumlah nilai keseluruhan kerja pembinaan yang melebihi lima ratus ribu ringgit.

  2. Semakan Bayaran

    Kontraktor boleh menyemak amaun yang perlu dibayar melalui Borang Pemberitahuan Pengenaan Levi, iaitu Borang CIDB L2/96 yang akan dijana secara automatic oleh sistem CIMS. Kontraktor juga boleh mencetak Borang CIDB L2/96, menyemak status bayaran levi dan senarai kerja pembinaan yang telah dimaklumkan kepada CIDB melalui sistem dalam talian, melalui capaian di sini.

  3. Tempoh Bayaran

    Bayaran levi hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Borang CIDB L2/96 dikeluarkan.

  4. Cara Bayaran

    Kontraktor dikehendaki mengisi Borang Pembayaran Levi* dan membayar amaun levi yang dikenakan di mana-mana kaunter kewangan pejabat CIDB Negeri/ Cawangan menggunakan:

    1. Cek Jurubank (Banker’s Cheque) ;atau
    2. Draf Bank (Bank Draf)**.
    3. Kad Debit
    4. Perbankan Internet
    5. Wang Pos (Postal Order) ;
    6. Electronic Funds Transfer (EFT)

    Nota:

    1. Lampirkan Borang CIDB L2/96
    2. Bayaran bagi perkara di atas hendaklah diletakkan atas nama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau CIDB Malaysia.
  5. Pengecualian Levi*

    Pengecualian levi hanya diberikan kepada projek perumahan seperti di bawah;

    1. Projek Perumahan Kos Rendah, Kos Sederhana Rendah dan Kos Sederhana dengan harga jualan tidak melebihi RM100,000.00 seunit.
    2. Projek Perumahan yang menggunakan lebih 50% komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS).

    *Nota: Pengecualian levi bagi projek perumahan yang menggunakan IBS perlu menjalani pemeriksaan tapak dan diperakukan oleh CIDB. Permohonan pengecualian tanpa dokumen pengesahan tersebut akan DITOLAK

  6. Perubahan Kepada Nilai Kerja Pembinaan

    Sebarang perubahan kepada nilai kontrak hendaklah dimaklumkan kepada pihak CIDB bersama dengan bukti dokumen yang berkaitan dengan perubahan tersebut yang dikeluarkan oleh pihak klien atau juruperunding. Pemakluman ini juga dilakukan menerusi sistem CIMS.