Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan (Kad Hijau)

 

Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) 1994:

  1. Pendaftaran Personel Binaan, Seksyen 33(1):
    Seseorang tidak boleh terlibat, atau diambil, atau mengaku janji untuk terlibat, atau diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah Akta ini.
     
  2. Pemerakuan Penyelia Tapak Binaan dan Pekerja Binaan Mahir, Seksyen 33A(1):
    Tiada penyelia tapak binaan atau pekerja mahir boleh terlibat atau diambil sebagai penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir melainkan jika dia diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga dan memegang suatu perakuan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawak Akta ini.

Menurut Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akta 520) 1994:

  1. Seksyen 2(1):
    a)  Personel Binaan berdaftar ertinya seorang personel binaan yang berdaftar atau diperakukan mengikut Akta ini.

    b)  Personel binaan ertinya –
         i)  Pekerja Binaan Am
        ii)  Pekerja Binaan Separa Mahir
       iii)  Pekerja Binaan Mahir
       iv)  Penyelia Tapak Binaan
        v)  Pengurus Projek Binaan; dan
       vi)  Mana-mana pekerja lain dalam industri pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

    c)  Definisi
         i)  Pekerja Binaan Am
             Mana-mana pekerja atau golongan pekerja yang tidak mahir dan yang diambil bagi kerja manual.

        ii)  Pekerja Binaan Separa Mahir
             Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

       iii)  Pekerja Binaan Mahir
             Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga.

      iv)  Penyelia Tapak Binaan
            Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk menyelia kerja pembinaan.

      vi)  Pengurus Projek Binaan
           Mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima sebagaimana yang ditentukan dan yang ditugaskan kepada tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk mengatur, merancang, mengawal dan menyelaraskan kerja pembinaan dari awal hingga selesai.
  1. Perakuan pendaftaran personel binaan/ kad pendaftaran personel binaan merupakan hak milik CIDB.  Perakuan/ kad ini tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain dari individu yang dinamakan pada perakuan/ kad.
     
  2. Personel binaan bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat pendaftaran personel binaan dan Akta 520 serta undang-undang berkaitan sepanjang tempoh sah pendaftaran.
     
  3. Personel binaan dikehendaki untuk mematuhi arahan/ pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB dari semasa ke semasa sama ada dalam bentuk media cetak atau media elektronik.  Mana-mana arahan/ pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah hebahan akan disifatkan telah diterima oleh personel binaan.
     
  4. Semua maklumat yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi hak milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan.

Individu wajib berdaftar sebagai personel binaan berdasarkan syarat seperti berikut:

  1. Memiliki dokumen pengenalan diri seperti berikut:
    a)    Kad Pengenalan Malaysia.
    b)    Pasport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.
    c)     Pas IMM13P.
     
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas.
     
  3. Mempunyai sijil keselamatan seperti:
    a)    Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW);
    b)    eLearning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW);
    c)     eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH); atau
    d)    Sijil/ pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB.
     
  4. Melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
     
  5. Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.


Nota:
Personel binaan dilindungi sehingga 70 tahun di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok CIDB.

  1. Kad Pengenalan Malaysia:
    a)  Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/ pembaharuan.
    b)  Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.
     
  2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP):
    Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.
     
  3. IMM13P
    Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.
  1. Permohonan baru/ pembaharuan pendaftaran personel binaan CIDB hanya dijalankan secara dalam talian di Sistem CIMS.Pendaftaran boleh dibuat menggunakan kaedah berikut:
     
  2.  Pendaftaran boleh dibuat menggunakan kaedah berikut:

    No.

    Pengenalan Diri

    ID Pengguna

    a)

    Kad Pengenalan Malaysia

    ID Majikan atau ID Individu.

    b)

    Pasport dengan Permit PLKS/ EP

    ID Majikan sahaja.

    c)

    Pas IMM13P

    ID Majikan sahaja.

  3. Permohonan pendaftaran personel binaan CIDB tidak perlu mengemukakan salinan kad pengenalan atau pasport di Sistem CIMS.

  4. Pemohon IMM13P perlu memuat naik salinan pas dan gambar pasport.

  5. Pendaftaran personel binaan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikh luput.

  6. Pemohon perlu melengkapkan maklumat seperti berikut di Sistem CIMS:
    a)  Peribadi – berdasarkan pendaftaran ID Pengguna di Sistem CIMS.
    b)  Majikan/ bekerja sendiri.
    c)  Sijil/ pasport keselamatan.
    d)  Akademik.
    e)  Kemahiran.
    f)  Pengesyoran kategori pekerjaan dan tred.
    g)  Benefisiari.
    h)  Tempoh pendaftaran.
    i)  Pilihan pengeposan dan bayaran.

  7. Perakuan Pendaftaran Personel Binaan dijana secara automatik di Sistem CIMS selepas bayaran berjaya dibuat.  Perakuan tersebut boleh digunakan sebagai dokumen sah untuk memasuki tapak bina.  Personel Binaan dilindungi di bawah Pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok.

 

  1. Pengguna tidak perlu memuat naik sijil keselamatan bagi Kursus SICW/ eSICW/ eSICW CIDBH. Maklumat sijil keselamatan SICW/ eSICW/ eSICW CIDBH dipaparkan secara automatik di Sistem CIMS.
     
  2. Selain sijil keselamatan SICW/ eSICW/ SICW CIDBH, pemohon boleh menggunakan sijil/ pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB dan perlu dimuat naik di Sistem CIMS.

1.  Yuran pendaftaran baru/ pembaharuan pendaftaran personel binaan adalah seperti berikut:

Tahun

Kadar Bayaran (RM)

1

35.00

2

60.00

3

85.00

4

110.00

5

135.00

2.  Yuran pendaftaran ini adalah sama bagi permohonan tempatan, asing dan pemegang IMM13P.

3.  Bayaran hanya boleh dijelaskan secara dalam talian di Sistem CIMS melalui:

  •      a)  Perbankan atas talian; atau 
  •      b)  Kad kredit/ debit.

Kategori pekerjaan personel binaan ditentukan seperti berikut:

a)    Pelatih Binaan
       Latihan praktikal di:
                i.    Pusat Pengajian
               ii.    Industri pembinaan

b)    Pekerja Binaan Am
       Tidak mempunyai sebarang sijil kemahiran/ akademik.

c)     Pentadbiran
        Mempunyai sijil akademik.

d)    Pekerja Binaan Separa Mahir
       Tred kemahiran yang tidak tersenarai di Jadual Ketiga, Akta 520.

e)    Pekerja Binaan Mahir
       Tred kemahiran yang tersenarai di Jadual Ketiga, Akta 520.

f)      Penyelia Tapak
        Sijil Kecekapan Kemahiran Pembinaan (SKKP) Construction Site Supervisor.

g)    Pengurus Projek Binaan
       Sijil Kecekapan Kemahiran Pembinaan (SKKP) Construction Project Manager

Nota: Kategori pekerjaan diberikan berdasarkan kelayakan akademik dan kemahiran yang tertinggi.

Kemaskini Majikan
1.     Personel binaan boleh mengemaskini maklumat majikan/ bekerja sendiri di menu Sistem CIMS CIDB > Construction Personnel > Update Company.

Kemaskini Senarai Personel Binaan
1.     Personel Binaan Tempatan/ IMM13P
        Majikan boleh mengemaskini maklumat personel binaan tempatan/ IMM13P di menu Sistem CIMS CIDB > Construction Personnel > Personnel Card > Personnel Card Listing.

2.     Personel Binaan Asing
        Majikan perlu mengemukakan dokumen sokongan dari Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengeluarkan personel binaan asing tersebut di Sistem CIMS. 

Kemaskini Benefisiari
1.     Benefisiari adalah pihak yang dinamakan oleh personel binaan untuk menerima manfaat Perlindungan Personel Binaan Berkelompok.

2.     Personel binaan boleh mengemaskini maklumat benefisiari di menu Sistem CIMS CIDB > Construction Personel > Personnel Insurance > Update Beneficiary Detail.

1.   CIDB mengiktiraf personel binaan melalui:
a)    Perakuan Pendaftaran Personel Binaan.
Dijana secara automatik selepas bayaran personel binaan dijelaskan di Sistem CIMS.  Perakuan dijana secara percuma di menu Sistem CIMS > Construction Personnel > View My Biodata > Print Perakuan.

b)    Apps CIDB  Malaysia
Maklumat personel binaan dapat disahkan dengan memasukkan No. Kad Pengenalan/ Pasport/ IMM13P di menu Construction Personnel.  Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon bimbit melalui Google Play Store atau Apple App Store.

c)     Carian Personel Binaan
Maklumat personel binaan boleh disemak melalui No. Kad Pengenalan/ Pasport/ IMM13P di Sistem CIMS.  Medium ini memaparkan maklumat status penghantaran kad dan tempoh pendaftaran personel binaan terdahulu. 

d)    Kad Pendaftaran Personel Binaan
      i.   Kad hanya dicetak sekali sahaja bagi pendaftaran personel binaan.
      ii.  Kad tidak akan dicetak bagi permohonan pembaharuan, kecuali bagi permohonan pembaharuan dengan no. pasport baru.
     iii.  Tarikh yang tertera pada kad merujuk kepada tarikh luput mastercard, dan bukan tarikh luput pendaftaran personel binaan.
     iv.  Tarikh luput pendaftaran personel binaan boleh disemak pada perakuan pendaftaran personel binaan/ apps CIDB Malaysia/ carian personel binaan di Sistem CIMS.
      v.  Kad personel binaan dicetak dan diposkan ke alamat yang dipilih dalam tempoh 60 hari selepas bayaran dibuat di Sistem CIMS.
     vi.  Status penghantaran kad boleh disemak di Carian Personel Binaan. 

1.     Personel binaan boleh membuat permohonan gantian kad personel binaan di Sistem CIMS CIDB > Construction Personnel > Personnel Card Replacement.

2.     Kad personel binaan dicetak dan diposkan ke alamat yang dipilih dalam tempoh 60 hari selepas bayaran dibuat di Sistem CIMS.

3.     Kadar bayaran gantian kad adalah seperti berikut:

Kali

Kadar Bayaran (RM)

1

60.00

2

160.00

3 & Ke Atas

260.00

1. Kad pendaftaran personel binaan yang gagal diserahkan ke alamat pengeposan perlu diambil di CIDB Negeri/ Cawangan.  Bagi alamat pengeposan di W.P. Kuala Lumpur, personel binaan dikehendaki mengambil kad yang gagal dihantar di CIDB Ibu Pejabat.

2. CIDB tidak melayan permohonan pengeposan semula.

3. Personel binaan perlu membawa dokumen yang diperlukan bagi pengambilan kad personel binaan di CIDB Negeri/Cawangan. Individu yang gagal menunjukkan  dokumen yang ditetapkan tidak akan dilayan.

1.     Pelan ini merupakan perlindungan berbentuk hibah (pemberian/ hadiah).

2.     Hibah ini diberikan kepada:

a)   Personel binaan yang ditimpa kemalangan; atau
b)   Benefisiari yang dinamakan sekiranya berlaku kematian.

3.     Perlindungan ini diberikan kepada personel binaan CIDB, berumur 16 tahun hingga 70 tahun sahaja.

4.     Skop manfaat adalah seperti berikut:

No.

Skop

Amaun Manfaat (RM)

1.

Kematian akibat kemalangan

21,000.00

2.

Kematian akibat sakit

3,000.00

3.

Belanja pengebumian

500.00

4.

Keilatan kekal akibat kemalangan

18,000.00*

5.

Keilatan kekal seluruh badan akibat sakit

3,000.00

6.

Manfaat wad hospital akibat kemalangan

25/ hari**

7.

Kerusi roda/ tongkat/ anggota palsu

500.00*

Nota:

*Maksimum yang dibayar kepada personel binaan/ benefisari.
**Maksimum adalah 30 hari.

 

5.     Tuntutan perlu dikemukakan tidak lewat dari 60 hari dari tarikh kejadian dengan melengkapkan maklumat di Sistem CIMS dan Borang UPPT-1/v02, serta menyerahkan borang tersebut ke Zurich Takaful Malaysia Berhad.

6.     Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Zurich Takaful Malaysia Berhad di:

        a)   E-Mel:  [email protected]
        b)   No. Tel.:  1-300-888-622 / 03-2109 6222/ 6213

1.     Kebenaran Khas Memasuki Tapak Bina adalah satu perakuan membenarkan individu yang tidak layak berdaftar sebagai personel binaan tetapi perlu berada/ berkerja di tapak bina.

2.     Kebenaran Khas Memasuki Tapak Bina terikat dengan tempoh permit yang dibenarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia atau bergantung kepada polisi CIDB.

3.     Pemegang Kebenaran Khas Memasuki Tapak Bina tidak dilindungi pelan Perlindungan Personel Binaan Berkelompok.

4.     Majikan perlu memohon Kebenaran Khas secara atas talian melalui Sistem CIMS CIDB > Construction Personnel > Kebenaran Khas Application.

Sebarang aduan/ cadangan penambahbaikan pendaftaran personel binaan boleh disalurkan kepada CIDB eBantuan melalui

a)    Laman sesawang Sistem e-Bantuan CIDB.
b)    Talian telefon 03 – 5567 3300.