Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan

Berkuatkuasa 1hb Jun 2015, semua pekerja yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan adalah diwajibkan untuk berdaftar sebagai Personel Binaan sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 33, Akta 520. Selain dari itu, mana-mana personel binaan yang melaksanakan tugas-tugas penyeliaan di tapakbina atau kerja-kerja mahir yang disenaraikan di dalam Jadual Ketiga Akta 520 wajib untuk diakredit dan diperakukan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 33A, akta yang sama.

Sehubungan itu, satu garis panduan telah disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada personel binaan untuk berdaftar sebagai Personel Binaan Berdaftar mengikut Akta 520. Garis panduan ini dinamakan Garis Panduan Pendaftaran Personel Binaan. Adalah diharapkan agar semua personel binaan dapat memanafaatkan garis panduan ini bagi mematuhi kehendak akta 520.

Mana-mana orang yang diambil bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan layak dipertimbangkan untuk berdaftar sebagai personel binaan.

Pendaftaran personel binaan dipertimbangkan berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:

  1. Pendaftaran Personel Binaan tertakluk kepada kehendak & ketetapan Akta 520
  2. Menyokong dan mematuhi undang-undang bertulis yang lain
  3. Pendaftaran personel binaan untuk memasuki dan melaksanakan kerja-kerja pembinaan di tapakbina
  4. Terlibat dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan secara fizikal

Syarat-syarat kelayakan permohonan pendaftaran Personel Binaan:

  1. Had umur pendaftaran personel binaan adalah 18 tahun dan ke atas dan Pelatih Binaan adalah 16 tahun dan ke atas.
  2. Bekerja dalam industri pembinaan serta melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
  3. Hadir Kursus Induksi Keselamatan untuk personel binaan atau lain-lain kursus seumpamanya yang diiktiraf oleh CIDB.
  4. Mematuhi undang-undang bertulis yang lain yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Bayaran proses hendaklah dijelaskan semasa permohonan dibuat. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

Bayaran yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan apabila permohonan pendaftaran diluluskan.

  1. Bayaran Proses Permohonan: RM10
  2. Yuran Pendaftaran:
    1. Pendaftaran baru RM25/ tahun
    2. Pembaharuan Pendaftaran RM25/ tahun
  3. Bayaran Gantian Kadar
    1. Kehilangan
      • Kali Pertama RM50
      • Kali Kedua RM150
      • Kali Ketiga RM250
    2. Rosak RM25

Tempoh sah laku pendaftaran personel binaan adalah seperti berikut:

  • Personel Tempatan: 1- 5 tahun
  • Personel Asing: 1 tahun ( Pekerja Asing (PLKS)), 2 tahun (Pegawai Dagang) atau tarikh tamat permit atau yang mana terawal

Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan pembaharuan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, permohonan pendaftaran personel binaan asing hanya akan dipertimbangkan setelah permit kerja daripada Jabatan Imigresen Malaysia diluluskan.

  1. Kad Personel Binaan adalah hak milik lembaga dan tidak boleh dipindah milik atau dipegang atau disimpan oleh individu lain yang tidak berkenaan selain yang dinamakan dalam kad.
  2. Pemegang Kad Personel Binaan bertanggungjawab untuk mematuhi syarat-syarat perdaftaran personel binaan dan Akta 520 serta undang-undang bertulis yang lain sepanjang tempoh sah pendaftaran.
  3. Semua personel binaan dikehendaki untuk mematuhi arahan/pekeliling yang dikeluarkan oleh CIDB dari masa ke semasa samada dalam bentuk media cetak atau media elektronik. Mana-mana arahan/pekeliling yang diedar melalui pos, hebahan akhbar, laman web, media atau apa-apa kaedah hebahan akan disifatkan telah diterima oleh personel binaan.
  4. Semua maklumat/dokumen yang dikemukakan kepada CIDB adalah menjadi hak milik CIDB. CIDB mempunyai hak untuk mengguna dan menzahirkan maklumat-maklumat tersebut dalam apa jua bentuk terbitan untuk kegunaan dan kepentingan industri pembinaan
  5. Personel binaan yang berdaftar di bawah seksyen 33 Akta 520 akan dikeluarkan Kad Personel Binaan mengikut tempoh sah seperti yang tercatat pada Kad Personel Binaan.
  6. Personel binaan hendaklah memperbaharui Kad Personel Binaan sebelum tarikh luput. Permohonan pembaharuan boleh dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh luput.
  7. Personel binaan yang tidak memperbaharui pendaftaran personel binaan dalam tempoh 3 tahun dari tarikh luput terakhir, akan menyebabkan personel binaan tersebut hilang kelayakan sebagai personel binaan berdaftar. Pendaftaran semula boleh dilakukan setelah pemohon memenuhi syarat-syarat pendaftaran baru Personel Binaan.
  1. Semua permohonan Pendaftaran Personel Binaan hendaklah dibuat mengikut cara dan kaedah yang ditetapkan oleh CIDB.
  2. Permohonan pendaftaran untuk personel binaan tempatan boleh dibuat oleh pemohon sendiri atau wakil yang dilantik tertakluk kepada syarat kelayakan serta dokumen-dokumen yang ditetapkan
  3. Permohonan pendaftaran untuk personel binaan asing hendaklah dibuat oleh majikan atau wakil yang dilantik tertakluk kepada syarat kelayakan serta dokumen-dokumen yang ditetapkan.
  4. Permohonan yang dibuat melalui wakil syarikat hendaklah menggunakan borang Perakuan Perwakilan yang disediakan oleh CIDB
  5. Yuran pendaftaran akan dikenakan bagi permohonan yang diluluskan. Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan diluluskan. Jadual Kadar yuran pendaftaran adalah seperti
  6. Pendaftaran Personel Binaan mula berkuatkuasa dari tarikh resit bayaran/invois dikeluarkan oleh CIDB.
  1. Kad Personel Binaan dikeluarkan berdasarkan kepada Akta 520 serta undang-undang bertulis lain yang berkaitan industri pembinaan dan perburuhan.
  2. Personel binaan akan didaftarkan oleh CIDB mengikut kategori seperti berikut:
    1. Pekerja Binaan Am
    2. Pekerja Binaan Separa Mahir
    3. Pekerja Binaan Mahir
    4. Penyelia Tapak Binaan
    5. Pengurus Projek Binaan
    6. Pentadbiran
    7. Pelatih Binaan
  3. Penetapan tred kemahiran dan kategori personel binaan akan ditentukan seperti berikut:
    1. Penetapan kategori dibuat berdasarkan kepada skop pekerjaan, kelayakan akademik serta kemahiran personel binaan.
    2. Kategori personel binaan akan dibezakan mengikut kod warna yang ditetapkan.
    3. Kategori Pekerja Binaan Mahir dan Pekerja Binaan Separa Mahir akan ditentukan melalui sijil-sijil kemahiran seperti yang diterangkan di dalam Jadual 1: Penetapan Kategori/Tred.
    4. Sekiranya personel binaan tersebut memiliki kelayakkan tred kemahiran dibawah kategori yang berbeza, penetapan kategori akan didaftarkan mengikut kategori tertinggi.
  4. Kod pengenalan tred/bidang kemahiran akan dipaparkan di dalam Kad Personel Binaan kecuali bagi kategori Pekerja Binaan Am dan Pelatih Binaan sahaja.
  5. Kad Personel Binaan mempunyai tempoh sahlaku ditetapkan dan hendaklah diperbaharui sebelum tamat tempoh yang dinyatakan.

Pemohon boleh memohon untuk didaftar dan diakredit sebagai Penyelia Tapak Binaan atau Pekerja Binaan Mahir sebagaimana yang ditetapkan di bawah seksyen 33A, Akta 520 sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Memegang Kad Personel Binaan yang masih sah.
  2. Memiliki Sijil Kemahiran atau lain-lain sijil seumpamanya yang diperakukan oleh CIDB bagi tujuan akreditasi pekerja binaan mahir dan/atau penyelia tapak binaan
  3. Tred/kemahiran untuk akreditasi bagi Pekerja Binaan Mahir adalah seperti di dalam Jadual Ketiga,Akta 520
  4. Bidang pengkhususan untuk akreditasi bagi Penyelia Tapak Binaan adalah seperti di

Salinan sijil-sijil kemahiran berkaitan hendaklah dikemukakan bersama-sama sijil asal di mana-mana pejabat CIDB Negeri semasa membuat permohonan akreditasi Penyelia Tapakbina/Pekerja Binaan Mahir.

Syarat ini adalah terpakai untuk warganegara Malaysia dan pemegang kad pengenalan biru atau kad pengenalan tentera / polis

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Gambar bersaiz passport
  3. Pengesahan kehadiran / Sijil Kursus Induksi Keselamatan yang diiktiraf oleh CIDB
  4. Akuan berkanun dan pengesahan pemohon terlibat dengan kerja-kerja pembinaan atau
  5. Surat pengesahan majikan, pengetua institusi latihan kemahiran, IPT
  6. Syarat-syarat tambahan bagi tujuan akreditasi dan penetapan kategori:
    1. Sijil akademik dari IPTA/IPTS atau setaraf dan diiktiraf oleh CIDB
    2. Sijil pentauliahan dari agensi pentauliahan atau pihak berkuasa berkaitan yang diiktiraf oleh CIDB
    3. Sijil kemahiran dari Pusat Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh CIDB
    4. Bukti pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan yang diperakukan oleh CIDB

Syarat ini adalah terpakai untuk bukan warganegara Malaysia termasuklah pemegang Kad Pengenalan Sementara (MyKAS) dari Jabatan Pendaftaran Negara atau Pas Lanjutan Kerja Sementara (PLKS), Pas Penggajian atau Pas Ikhtisas dari Jabatan Imigresen Malaysia.

  1. Kad Pengenalan Sementara (MyKAS) atau Pasport
  2. Permit kerja atau Pas Penggajian atau Pas Ikhtisas atau apa-apa kebenaran bekerja dari Jabatan Imigresen Malaysia
  3. Gambar bersaiz passport
  4. Bukti Pengesahan kehadiran / Sijil Kursus Induksi Keselamatan yang diiktiraf oleh CIDB,
  5. Bukti Pengesahan majikan terlibat dalam industi pembinaan dan menjalankan kerja pembinaan
    1. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (sekiranya majikan adalah kontraktor) dan
    2. Salinan SSM (majikan bukan kontraktor contoh pemilik projek/pemaju)
    3. Bukti pengesahan menjalankan kerja pembinaan (contoh Surat Tawaran Kerja (LA) semasa (sekiranya majikan bukan kontraktor)
    4. Bukti pengesahan menjalankan latihan industri (contoh surat pengesahan dari pengetua institusi latihan kemahiran, IPT)
  6. Syarat-syarat tambahan bagi tujuan akreditasi dan penetapan kategori:
    1. Sijil Akademik dari IPTA/IPTS atau setaraf dan diiktiraf oleh CIDB
    2. Sijil Pentauliahan dari agensi pentauliahan atau pihak berkuasa berkaitan yang diiktiraf oleh CIDB
    3. Sijil Kemahiran dari Pusat latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh CIDB
    4. Bukti Pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan yang diperakukan oleh CIDB
  1. Kad Personel Binaan,
  2. Dokumen tambahan untuk personel binaan asing seperti berikut:
    1. pasport
    2. permit kerja atau pas penggajian yang masih sah dari Jabatan Imigresen Malaysia
    3. permit kerja atau pas penggajian terdahulu dari Jabatan Imigresen Malaysia

Walau bagaimanapun, sekiranya pembaharuan tersebut melibatkan Perubahan Kriteria Pendaftaran, pemohon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan ke mana-mana Pejabat CIDB Negeri untuk pengesahan.

Syarat-syarat tambahan bagi tujuan akreditasi dan penetapan kategori:

  1. Sijil Akademik dari IPTA/IPTS atau setaraf dan diiktiraf oleh CIDB
  2. Sijil Pentauliahan dari agensi pentauliahan atau pihak berkuasa berkaitan yang diiktiraf oleh CIDB
  3. Sijil Kemahiran dari Pusat latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh CIDB
  4. Bukti Pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan yang diperakukan oleh CIDB
Perubahan Kriteria Pendaftaran

Perubahan butir-butir yang tidak melibatkan perubahan maklumat pada kad hanya perlu dikemaskini melalui sistem sahaja.

Walau bagaimanapun, sekiranya perubahan butir-butir melibatkan cetakan kad baru, dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan:

  1. Kad Personel Binaan
  2. Sijil-sijil berkaitan sekiranya ada (akreditasi dan penetapan kategori)
    1. Sijil Akademik dari IPTA/IPTS atau setaraf dan diiktiraf oleh CIDB
    2. Sijil Pentauliahan dari agensi pentauliahan atau pihak berkuasa berkaitan yang diiktiraf oleh CIDB
    3. Sijil Kemahiran dari Pusat latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh CIDB
    4. Bukti Pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan yang diperakukan oleh CIDB
Kad Hilang

Pemohon hendaklah mengisi Borang Permohonan Gantian Kad Personel Binaan bersama-sama dokumen berikut:

  1. Laporan Polis
  2. Kad Pengenalan (Personel Binaan Tempatan) atau
  3. Pasport (Personel Binaan Asing), dan
  4. Permit kerja/Pas Penggajian dari Jabatan Imigresen Malaysia