Garis Panduan Pendaftaran Kontraktor Fasiliti

Konsep perkhidmatan fasiliti dan penyenggaraan bangunan / infrastruktur secara bersepadu telah menjadi trend semasa kepada pemilik kompleks bangunan / infrastruktur yang berskala besar, cangih, serta berprestij. Amalan penjagaan fasiliti merupakan kombinasi antara aktiviti operasi dan penyenggaraan serta perkhidmatan fasiliti. Perkembangan industri perkhidmatan fasiliti ini cukup menggalakkan.

Sebagaimana kebanyakan negara lain di seluruh dunia, Pengurusan Fasiliti atau Facility Management (FM) di Malaysia, menekankan kepentingan menguruskan kemudahan dan persekitaran yang dibina supaya ia memenuhi tujuan reka bentuk dan fungsi bangunan dan memberi kepuasan kepada pelanggan serta pengguna.

Peranan kontraktor fasiliti dijangka akan menjadi lebih mencabar dan penting pada masa akan datang . Terdapat keperluan kontraktor fasiliti untuk terus membangun dan memperoleh kemahiran yang lebih canggih, pengetahuan yang lebih meluas dan prosedur kerja yang lebih efektif seiring dengan kemajuan teknologi, ekonomi dan sosial agar dapat bersaing diperingkat global.

Maklumat lanjut berkenaan Kontraktor Fasiliti rujuk Garis Panduan Pendaftaran Kontraktor Fasiliti.