Seminar Pengukuhan Pematuhan Kontraktor Negeri Johor

CIDB-seminar

 

CIDB Negeri Johor dengan kolaborasi bersama Sektor Penguatkuasaan CIDB Ibu Pejabat dan agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor serta SIRIM Berhad Johor akan melaksanakan inisiatif di bawah program Pelan Strategik cidb (CSP) dengan menganjurkan Seminar Pengukuhan Pematuhan Kontraktor untuk semua kontraktor pembinaan di seluruh Malaysia khususnya di negeri Johor.

Seminar yang akan diadakan ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman kontraktor terhadap akta-akta serta peraturan-peraturan  yang terlibat dalam industri pembinaan di Malaysia. Ini adalah bagi memantapkan lagi pematuhan kepada akta dan peraturan pelbagai agensi dalam industri pembinaan oleh pihak kontraktor.

Rebutlah peluang untuk bersama-sama memantapkan pematuhan dalam industri pembinaan negara agar industri pembinaan di malaysia terus berkembang pesat mengikut sistem perundangan yang ditetapkan. 15 mata ccd ditawarkan untuk setiap penyertaan ke seminar ini.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi: 

  • CIDB Johor - 07 2300520
  • En. Mohd Zainal Abidin Che Mat (Samb.135)
  • En. Arsad Tukiran (Samb.132)
  • En. Zaidi Abd Latif (Samb.149)
  • Pn. Nur Nadhirah Kamarulzaman (Samb.152)

####### 

Ketahui berita-berita pembinaan di Telegram rasmi CIDB Malaysia https://t.me/cidbmy atau hubungi hotline CIDB di 03-5567 3300 untuk sebarang pertanyaan atau laporan yang meragukan di kawasan tapak bina.