PEMBERITAHUAN PENGGUNAAN DOKUMEN SAFETY AND HEALTH ASSESSMENT SYSTEM IN CONSTRUCTION (SHASSIC) CIS 10:2020

Adalah dimaklumkan, dokumen Construction Industry Standard (CIS) bagi program Safety and Health Assessment System in Construction (SHASSIC) (CIS 10:2018) telah dikemaskini dan siap dibangunkan. Dokumen baru ini dikenali sebagai CIS 10:2020. 

Oleh yang demikian, bermula 04 Januari 2021 penilaian SHASSIC bagi semua projek akan menggunakan dokumen CIS 10:2020. Penilaian SHASSIC menggunakan dokumen baru ini akan mengambil masa penilaian satu (1) hari sahaja.

Surat Pemakluman Penggunaan CIS 10:2020