Pemberitahuan Operasi Pejabat Sepanjang Tempoh Penguatkuasaan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Bagi Pejabat CIDB Negeri Sabah & Cawangan Sandakan

Berikutan daripada penularan wabak COVID 19 yang sedang melanda Negeri Sabah ketika ini, Kerajaan  melalui Majlis Keselamatan Negara ( MKN ) telah membuat keputusan untuk menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan  Bersyarat ( PKPB ) di samping Perintah Kawalan Pergerakan Rentas Daerah mengikut zon berkuatkuasa pada 07 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober 2020 bagi tujuan membenteras serta memutuskan rantaian penyebaran wabak COVID 19 di kalangan masyarakat.


Penetapan hari dan masa bekerja pejabat CIDB sepanjang perlaksanaan tempoh PKPB adalah seperti berikut:

  • Hari Bekerja  : Isnin - Jumaat
  • Masa             : 9.00 pagi - 3.00 petang


Untuk makluman juga, sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ) serta  Perintah Kawalan Pergerakan Rentas Daerah,  Pejabat CIDB Negeri Sabah serta Cawangan Sandakan juga telah membuat keputusan untuk mengantung buat sementara waktu sebarang aktiviti di kaunter pejabat khususnya yang berkaitan dengan  urusan perkhidmatan pelanggan KECUALI urusan penting yang telah dibuat melalui temujanji sebelum ini berkuatkuasa pada tarikh dan tempoh  yang telah dinyatakan seperti di atas.
Sekian terima kasih dan harap maklum.