Gambaran Keseluruhan

quality

Kualiti adalah antara parameter paling penting dalam industri pembinaan selain daripada masa dan kos. Namun kualiti bersifat subjektif, dan sukar untuk dihitung.

Pada tahun 2005, CIDB dengan kumpulan kerja yang terdiri daripada pemegang amanah harta awam dan swasta telah sepakat menggariskan standard industri pembinaan atau CIS (Construction Industry Standard) berasaskan keperluan kualiti untuk industri berkenaan.

Hasilnya terciptalah apa yang dipanggil sebagai Sistem Penilaian Kualiti dalam Pembinaan atau QLASSIC (Quality Assessment System for Building Construction Works) (CIS 7:2014).

 
Apakah itu Qlassic

QLASSIC merupakan sistem atau kaedah untuk mengukur dan menilai kualiti kemahiran kerja berdasarkan Construction Industry Standard (CIS 7:2014).
QLASSIC memboleh kualiti kemahiran kerja antara projek pembinaan dapat dibandingkan secara objektif menerusi satu sistem penskoran.

Objektif QLASSIC
  • Menanda aras kualiti kemahiran kerja industri pembinaan.
  • Menentukan satu sistem penilaian terhadap kualiti kemahiran kerja pembinaan
  • Mentaksir dan menilai kemahiran kerja sesebuah projek pembinaan berdasarkan standard relevan yang diperakui
  • Untuk diguna sebagai kriteria pentaksiran prestasi kontraktor berdasarkan kualiti kemahiran kerja
  • Untuk menyusun dan menghimpun data bagi analisa statistik