Kelayakan Menjadi Penilai SHASSIC

Seorang Penilai SHASSIC mestilah yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman sekian tahun bertugas dengan industri pembinaan.

Kriteria berkenaan:
01

Telah berjaya menghadiri dan lulus kursus sehari anjuran CIDB

02

Memiliki minimum 5 tahun pengalaman bekerja dalam industri pembinaan; atau

03

Telah berjaya menghadiri dan lulus Kursus OHSAS 18001 Lead Auditor, dan memiliki pengalaman bekerja minimum 3 tahun dalam industri pembinaan (tapak pembinaan). (Dikecualikan daripada menghadiri kursus sehari kelolaan CIDB); atau

04

Pegawai Construction Safety and Health (CSHO * ) dengan 2 tahun pengalaman bekerja dalam industri pembinaan. (Dikecualikan daripada menghadiri kursus sehari kelolaan CIDB)

* Perhatian: CSHO ialah seseorang yang berdaftar dengan DOSH sebagai Pegawai Keselamatan & Kesihatan, dan telah berjaya menyempurnakan kusus lima (5) hari anjuran CIDB untuk Construction Safety & Health Officer.


  • Kontraktor boleh melantik seseorang yang bertauliah untuk menjalankan penilaian SHASSIC, atau boleh mengaturkan urusan ini dengan CIDB yang akan menjalankan penilaian SHASSIC.
  • Buat masa ini, CIDB menyediakan perkhidmatan ini secara Percuma. Kontraktor pula layak diberi 20 mata CCD bagi urusan penilaian yang berjaya.
  • Emel borang kepada shassic@cidb.gov.my dan seorang pegawai CIDB akan menghubungi kontraktor bagi menetapkan urusan penilaian SHASSIC.