PLB Kontraktor (PLBK)

Apakah PLBK?
Pusat Latihan Bertauliah Kontraktor (PLBK) adalah sebuah pusat latihan yang diakredit oleh CIDB bagi melaksanakan program latihan pengurusan.  Ini merupakan salah satu inisiatif CIDB bagi meningkatkan dan menyampaikan pengetahuan kepada kontraktor tempatan. Peserta yang telah tamat dengan jayanya akan memperolehi Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP). Program latihan pengurusan ini menawarkan 2 jenis latihan, iaitu:


a)    Pengurusan Bisnes
Kursus pengurusan bisnes diwajibkan kepada kontraktor kecil gred G1 hingga G3 yang tidak mempunyai Sijil Teknikal. Kursus ini perlu diambil dalam tempoh Perakuan Pendaftaran Kontraktor atau sebelum membuat pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) bagi kontraktor baru. 


b)    Pengurusan Teknikal 
Kontraktor boleh menambah pengkhususan pada Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) CIDB dengan mengambil dan lulus kursus Pengurusan Teknikal CIDB.  Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) membolehkan kontraktor mendapatkan pengkhususan tambahan sekiranya tidak dapat mengemukakan surat tawaran kerja/ bukti siap kerja atau mempunyai Orang Kompeten berkaitan dalam bidang yang dikehendaki. 

Kelayakan
Pusat latihan yang berminat perlu berdaftar sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf seperti perniagaan/ syarikat/ persatuan/ koperasi/ lain-lain.  Di samping itu, pusat latihan wajib menyediakan ruangan tempat untuk mengadakan kursus, serta mempunyai modal kewangan yang mencukupi.  Selain itu, tenaga pengajar perlu mempunyai kelulusan akademik, serta berupaya mengemukakan bukti pengalaman mengikut modul. 

Syarat dan Peraturan Pentauliahan PLBK boleh dirujuk di sini.
Kelayakan dan Pengalaman Tenaga Pengajar PLBK mengikut modul boleh dirujuk di sini.

Bagaimana Memohon
Pusat latihan yang berminat untuk menjadi PLBK boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui sistem CIMS CIDB.

Manual Pengguna bagi permohonan PLBK rujuk senarai berikut: 

Selain itu, Borang Permohonan PLBK boleh dimuat turun dan dikemukakan secara salinan cetak ke Ibu Pejabat CIDB.  Borang permohonan PLBK boleh dimuat turun di sini.