Pusat Latihan Bertauliah

Apakah Pusat Latihan Bertauliah Kemahiran?


Pusat Latihan Bertauliah Kemahiran (PLB) adalah sebuah pusat latihan yang diakredit oleh CIDB bagi melaksanakan program latihan kemahiran.  Ini merupakan salah satu inisiatif CIDB bagi meningkatkan latihan kemahiran kepada pekerja binaan. Program latihan kemahiran ini menawarkan 2 jenis latihan, iaitu:

1. Program Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan ~ Belia

  • Terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 35 tahun, yang tidak mempunyai asas dalam kemahiran pembinaan. Program ini bertujuan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran bidang pembinaan. Pelatih yang berjaya lulus dan menamatkan latihan akan diiktiraf sebagai pekerja mahir melalui Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK).

2. Program Latihan Kompetensi Kemahiran Pembinaan ~  Personel 

  • Terbuka kepada pekerja binaan sedia ada berumur 18 – 55 tahun yang berpengalaman. Latihan kemahiran ini bertujuan memberi akreditasi kepada pekerja binaan sedia. Pekerja binaan yang berjaya lulus dan menamatkan latihan akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) yang mengiktiraf kemahiran mereka.

 

Kelayakan?

Pusat latihan yang berminat perlu berdaftar sebagai sebuah organisasi yang diiktiraf seperti perniagaan/ syarikat/ persatuan/ koperasi/ lain-lain.  Di samping itu, pusat latihan wajib menyediakan ruangan untuk mengadakan latihan kemahiran mengikut tred/ bidang, serta mempunyai modal kewangan yang mencukupi.  Selain itu, tenaga pengajar perlu mengemukakan kelulusan akademik, berserta bukti pengalaman mengikut tred/ bidang kemahiran. 

Kriteria pentauliahan PLB boleh dirujuk di sini.
Peraturan pentauliahan PLB boleh dirujuk di sini di sini.

 

Bagaimana Mendaftar?

Pusat latihan yang berminat untuk menjadi PLB boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui sistem CIMS CIDB.  Manual Pengguna bagi permohonan PLB boleh dirujuk di sini.

 

Borang Permohonan

Selain itu, Borang Permohonan PLB boleh dimuat turun dan dikemukakan secara salinan cetak ke Ibu Pejabat CIDB.  Borang permohonan PLB boleh dimuat turun di sini.