Di dalam merealisasikan kejayaan sebuah projek pembinaan, industri perlu mempunyai pengurus pembinaan yang kompeten. Maka industri pembinaan Malaysia melalui CIDB, telah membangunkan Construction Industry Competency Standard (CICS) untuk pengurus pembinaan. CICS untuk pengurus pembinaan ini dibangunkan pada tahap 5 Struktur Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Structure). Mereka yang telah dinilai kompeten, iaitu mencapai tahap pengetahuan dan kemahiranyang secukupnya akan dianugerahkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5.
Program pentauliahan pengurus pembinaan ini bermatlamat untuk membolehkan industri pembinaan Malaysia mentauliah pengurus pembinaan yang kompeten melalui kaedah pentauliahan yang ditetapkan selaras dengan AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994 (Akta 520) (Pindaan 2011) dan Construction Industry Transformation Program (CITP).
Objektif program pentauliahan pengurus pembinaan ini adalah:
- Mengiktiraf pengurus pembinaan yang berkhidmat di dalam industri pembinaan Malaysia sebagai Pengurus Pembinaan Bertauliah (Certified Construction Manager, CCM),
- Menyokong inisiatif untuk meningkatkan tahap kompetensi pengurus pembinaan Malaysia ke tahap global,
- Menyokong pelaksanaan Akta CIDB, Bahagian VII-Seksyen 33(1) untuk mendaftar Pengurus Pembinaan Bertauliah (CCM), dan
- Merekod dan menyimpan data pengurus pembinaan bertauliah di dalam satu pengkalan data.
Kategori | Kelayakan Minima Akademik | Tahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan | ||
---|---|---|---|---|
Kaedah I | Kaedah II | Kaedah III (RPLE) | ||
1 | Professional berdaftar (cth: Ir., Ar., Sr.) | - | 3 | 5 |
2 | Sarjana dalam Pengurusan Projek, Pengurusan Pembinaan dan bidang berkaitan pembinaan | 3 | 5 | 5 |
3 | Sarjana Muda dalam Pengurusan Pembinaan dan bidang berkaitan pembinaan | 3 | 6 | 6 |
4 | Sarjana Muda dalam bidang bukan berkaitan pembinaan | 5 | 7 | 8 |
5 | Diploma dalam Pengurusan Pembinaan dan bidang berkaitan pembinaan | 5 | 8 | 8 |
6 | Diploma dalam bidang bukan berkaitan pembinaan | 8 | 10 | 10 |
7 | Sijil dalam bidang berkaitan pembinaan | 10 | 12 | 12 |
8 | Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 5 dalam bidang pembinaan | 10 | 12 | 12 |
9 | Lepasan sekolah (SPM, SRP dan lain-lain | 10 | 15 | 15 |
Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan pembinaan di tapak pembinaan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan.
Program pentauliahan pengurus pembinaan (CCM) ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:
- Kaedah I - Latihan dan Penilaian,
- Kaedah II iaitu Penilaian Sahaja, dan
- Kaedah III iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).
Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:
Kaedah | Proses Penilaian |
---|---|
Kaedah I Latihan dan Penilaian |
Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran. LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
|
Kaedah II Penilaian sahaja |
Menduduki penilaian bertulis LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
|
Kaedah III Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE) |
Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah III pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
|
Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5 dengan tugas dan tanggungjawab Pengurus Pembinaan (CCM) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Pengurus Pembinaan bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.
Modul pembelajaran yang telah dibangunkan adalah:
Module (M) | Module Name |
---|---|
Modul 01 (M01) | Asas Kecekapan Pengurusan Pembinaan |
Modul 02 (M02) | Pengurusan Tender |
Modul 03 (M03) | Pengurusan Pergerakan Tapak |
Modul 04 (M04) | Perancangan dan Pelaksanaan Pembinaan |
Modul 05 (M05) | Pengurusan Aliran Tunai |
Modul 06 (M06) | Pengurusan Kualiti Pembinaan |
Modul 07 (M07) | Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan |
Modul 08 (M08) | Pengurusan Pelindungan Alam Sekitar |
Modul 09 (M09) | Pengurusan Personel dan Staf Project |
Modul 10 (M10) | Pengurusan Bahan Binaan |
Modul 11 (M11) | Pengurusan Buruh Binaan |
Modul 12 (M12) | Pengurusan Sub-Kontraktor |
Modul 13 (M13) | Pengurusan Peralatan & Jentera Binaan |
Modul 14 (M14) | Pengurusan Pelbagai Tugas Pembinaan |
Modul 15 (M15) | Pengurusan Pejabat Tapak |
Modul 16 (M16) | Pentadbiran Kontrak |
Modul 17 (M17) | Pengurusan Penyampaian Projek |