Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan (CSS)

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membangunkan program latihan Penyelia Tapak Binaan ini bagi tujuan pentauliahan dan akreditasi Penyelia Tapak Binaan selari dengan kehendak yang digariskan di bawah AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994 (AKTA 520) (Pindaan 2011).

Program pentauliahan ini berupaya membantu mempertingkatkan tahap pengetahuan dan profesionalisme di kalangan Penyelia Tapak Binaan di Malaysia. Hasil kerja pembinaan akan meningkat kualitinya dengan pematuhan kepada keperluan Penyelia Tapak Binaan yang kompeten dan bertauliah.

Di antara objektif program Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan ini adalah:

  1. Menepati kehendak Akta 520 yang termaktub di Bahagian VII, Seksyen 33A (1).
  2. Mempertingkatkan kualiti kerja di tapak binaan melalui penyeliaan oleh Penyelia Tapak Binaan yang bertauliah dan kompeten.
  3. Memastikan supaya kekompetenan Penyelia Tapak Binaan menepati Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan oleh industri.
  4. Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya Penyelia Tapak Binaan di Malaysia.

Empat (4) bidang utama Penyelia Tapak Binaan adalah Awam & Struktur, Bangunan & Senibina, Kerja Mekanikal dan Kerja Elektrik.

Syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan bagi program penyelia tapak binaan adalah seperti berikut:

Kategori Kelayakan Minima Akademik Tahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan
Kaedah I Kaedah II Kaedah III (RPLE)
1 Sarjana Muda dalam bidang berkaitan/ bukan berkaitan pembinaan 2 4 5
2 Diploma dalam bidang berkaitan / bukan berkaitan pembinaan 2 6 6
3 Sijil Politeknik, Sijil Kemahiran Malaysia, Sijil Kecekapan Kemahiran, Sijil Teknikal lain 3 7 8
4 Pendidikan Sekolah Menengah 5 7 10
5 Pendidikan Sekolah Rendah 7 9 12

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja penyeliaan di tapak bina serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan.

Program Pentauliahan Penyelia Tapak ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  1. Kaedah I - Latihan dan Penilaian,
  2. Kaedah II iaitu Penilaian Sahaja, dan
  3. Kaedah III iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

Kaedah Proses Penilaian
Kaedah I
Latihan dan Penilaian

Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah II
Penilaian sahaja

Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah III
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)

Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 atau 3 di mana bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab.
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah III pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 atau 3 di mana bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab Penyelia Tapak Binaan yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Penyelia Tapak Bertauliah bagi Program Pentauliahan Penyelia Tapak Binaan hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Keberhasilan program (Program Outcome, PO) atau kriteria khusus yang dibangunkan untuk program pentauliahan penyelia tapak binaan terdiri daripada lima (5), iaitu:

  1. PO1 - Pengetahuan dan Kompeten ( Knowledge and Competent)
  2. PO2 - Keselamatan dan Kualiti ( Safety and Quality )
  3. PO3 – Keberkesanan dan kerja berpasukan ( Effective and Teamwork )
  4. PO4 – Kebolehpercayaan dan komunikasi ( Reliable and Communication )
  5. PO5 – Etika dan Alam Sekitar ( Ethical and Environmental )

Keberhasilan program juga mengandungi definasinya seperti berikut:

  1. PO1 - Penyelia Tapak Bina yang berpengetahuan, kompeten untuk memudahcara kerja penyeliaan secara cekap bagi memenuhi kos, masa dan kualiti yang dijangkakan daripada projek.
  2. PO2 - Penyelia Tapak Bina yang mementingkan budaya keselamatan di tempat kerja dan memastikan kerja yang ditugaskan diselesaikan dengan berkualiti.
  3. PO3 - Penyelia Tapak Bina yang mampu bekerja secara berdikari namun efektif dalam pasukan multi disiplin untuk kecemerlangan industri pembinaan.
  4. PO4 - Penyelia Tapak Bina yang boleh dipercayai, membantu dan berkomunikasi dengan efektif dan menyumbangkan kemahirannya untuk pengurusan projek yang cekap.
  5. PO5 - Penyelia Tapak Bina yang beretika dan bertanggungjawab terhadap masyarakat, alam sekitar dan memegang kepentingan pembangunan mampan dalam kerjayanya.

Keberhasilan program (PO) ini dibangunkan berdasarkan modul pembelajaran, hasil merujuk kepada Duty and Tasks di dalam NOSS. Disamping itu, penyataan PO ini juga mengambil kira visi, misi dan objektif CIDB dalam memperkaya profesionalisme di dalam industri pembinaan. PO ini juga akan digunapakai sebagai asas ukuran penilaian peserta.

Modul pembelajaran yang telah dibangunkan adalah seperti berikut:

  1. Module 1 - Introduction, Preliminaries and Planning
  2. Module 2 - Communication and Liaison
  3. Module 3 - Roles and responsibilities of project team
  4. Module 4 - Site mobilization and preparation
  5. Module 6 - Site supervision
  6. Module 7 - Project monitoring, control and claims
  7. Module 8 - Post construction
PO Specific Criteria Program Outcome Statement
PO1 Knowledge and Competent

Site Supervisor who is knowledgeable, competent to facilitate and fulfill his supervisory works efficiently in meeting the cost, time and quality expected from the project.

[Penyelia Tapak Bina yang berpengetahuan, kompeten untuk memudahcara kerja penyeliaan secara cekap bagi memenuhi kos, masa dan kualiti yang dijangkakan daripada projek]

PO2 Safety, Quality

Site Supervisor who uphold the importance of safety culture in the workplace and ensuring quality deliverables from his services.

[Penyelia Tapak Bina yang mementingkan budaya keselamatan di tempat kerja dan memastikan kerja yang ditugaskan diselesaikan dengan berkualiti]

PO3 Effective multidisclinary team

Site Supervisor who is able to work independently yet effectively in multi-disciplinary team for construction industry excellence.

[Penyelia Tapak Bina yang mampu bekerja secara berdikari namun efektif dalam pasukan multi disiplin untuk kecemerlangan industri pembinaan]

PO4 Reliable and Effective communication

Site Supervisor who is reliable, helpful and able to communicate effectively and contribute his skills for efficient project management.

[Penyelia Tapak Bina yang boleh dipercayai, membantu dan berkomunikasi dengan efektif dan menyumbangkan kemahirannya untuk pengurusan projek yang cekap]

PO5 Ethic and Environemnt

Site Supervisor who applies the ethical responsibility towards society, environment and embrace the importance of sustainable development in his profession.

[Penyelia Tapak Bina yang mengamalkan tanggungjawab etika terhadap masyarakat, alam sekitar dan memegang kepentingan pembangunan mampan dalam kerjayanya]

  • Borang permohonan

    Sila muat turun di sini

  • Senarai Penyedia Latihan Bertauliah

    Rujuk pautan sub menu Penyedia Latihan Bertauliah

  • Senarai penyelia tapak binaan bertauliah

    Pautan ke carian di CIMS.