Pentauliahan Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan (CTMO)

Di dalam industri pembinaan, kerja-kerja yang dijalankan di atas jalan raya atau berhampiran dengan jalan, pemandu akan berhadapan dengan trafik yang berubah dan tidak dijangka. Perubahan ini mungkin berbahaya kepada pengguna jalan raya, pekerja dan pejalan kaki melainkan langkah keselamatan dan prosedur kerja dilakukan dengan betul.
Pengguna jalan raya kemungkinan tidak dapat membezakan keadaan tapak bina dan zon kerja yang dilaksanakan. Oleh itu, langkah kawalan kawalan lalu lintas yang betul amat dititik beratkan untuk menjamin keselamatan pengguna dan pekerja.

Di dalam merealisasikan kejayaan pengurusan trafik yang baik, perlulah mempunyai pengurus-pengurus yang kompeten. CIDB Malaysia telah membangunkan Standard Kompetensi Industri Pembinaan (Construction Industry Competency Standard, CICS) untuk Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan. CICS ini diletakkan di tahap 4 Struktur Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Structure). Mereka-mereka yang telah dinilai kompeten, iaitu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya akan dianugerahkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) sebagai Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan Bertauliah.

Objektif pentauliahan adalah:

  1. Menawarkan kepada pegawai-pegawai trafik pembinaan yang berkhidmat di dalam industri pembinaan Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan Bertauliah.
  2. Meningkatkan tahap kompetensi Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan Malaysia ketahap yang diiktiraf diperingkat antarabangsa.
  3. Menjadikan sistem aliran trafik jalan raya lebih teratur dan sistematik melalui pegawai pengurusan trafik pembinaan yang bertauliah.

Syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan bagi program eksekutif pengurusan fasiliti adalah seperti berikut:

Kategori Syarat Kelayakan Minima Tahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan
Kaedah I Kaedah II Kaedah III
1 Profesional berdaftar (cth : Ir., Ar., Sr., PhD) - 3 3
2 Sarjana dalam kejuruteraan awam/pengurusan pembinaan 3 5 5
3 Sarjana Muda dalam bidang berkaitan pembinaan 3 6 6
4 Sarjana Muda dalam bidang bukan berkaitan pembinaan 5 7 8
5 Diploma dalam bidang berkaitan pembinaan 5 8 8
6 Diploma dalam bidang bukan berkaitan pembinaan 8 10 10
7 Sijil di dalam bidang berkaitan pembinaan 10 12 12
8 Sijil Kemahiran Malaysia 10 15 15

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan trafik pembinaan dan kerja lain yang berkaitan pembinaan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan.

Program pentauliahan Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  1. Kaedah I - Latihan dan Penilaian,
  2. Kaedah II iaitu Penilaian Sahaja, dan
  3. Kaedah III iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

Kaedah Proses Penilaian
Kaedah I
Latihan dan Penilaian

Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah II
Penilaian sahaja

Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah III
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)

Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 atau 3 di mana bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab.
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah III pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 dengan tugas dan tanggungjawab Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Keberhasilan program (PO) bagi program pentauliahan pegawai pengurusan trafik pembinaan adalah seperti berikut:

PO Specific Criteria Program Outcome Statement
PO1 Knowledge and Competent

Construction Traffic Management Officer who has extensive Knowledge and Competent assisting his Project Manager in analysing, evaluating, planning, scheduling, organizing, preparing TMCP drawing, implementating, monitoring, control and reporting of assigned traffic management work according to Acts, Laws, Best Industry Practices, Guidelines, Rules and Regulations and Code of Conducts.

PO2 Professional Ethics, Environment, Safety and Health

Construction Traffic Management Officer who upholds and demonstrates the importance of Profesional Ethics, Environment, Safety and Health work culture at the work zones area and prioritize the sustainable approach in his management and delivering his services using established Traffic Management methodologies such as Construction Traffic Risk Management (CTRM), RSA, TIA, ERP, TMCP, MOS etc.

PO3 Contract, Records and Report

Construction Traffic Management Officer who able to contractually prepare and propose CTMCP, understand CTMP and project management documentations with ability to perform quantity take off, BQ costing estimation and preparation, contract document, CTMSR and all other records and reports, required from his services efficiently in his work zones area.

PO4 Communication, Leadership, Teamwork and Enterpreneurship

Construction Traffic Management Officer who excel in effective communication with his employer and lead the team able to translate the needs into examplary Traffic Management services in coordinate, organize, laiase, present, obtain approvals with the internal and external stakeholders and multi-disciplinary Project Team for compliance with all needs, technical and commercial requirements including satisfactory Entrepreneurship mindset for the sustainability of his profession

PO5 Quality, Planning, Monitoring and Control

Construction Traffic Management Officer who ensuring a Quality deliverable from his team services through the efficient Planning, Monitoring, Control and Closing activities with establishment of Traffic Management procedures using modern and effective traffic management tools for satisfactory and quality Construction Traffic Management.

Module (M) Module Name
Module 01 (M01) Introduction to Facilities Management
Module 02 (M02) Operation And Maintenance (O&M) Coordination
Module 03 (M03) Leadership & Strategy Implementation
Module 04 (M04) Finance Administration
Module 05 (M05) Communication
Module 06 (M06) Human Resource Management
Module 07 (M07) Contract Administration
Module 08 (M08) Quality Control and Legislation Coordination
Module 09 (M09) Project Management
Module 10 (M10) Healthcare Facilities Management
  • Borang permohonan

    Sila muat turun di sini

  • Senarai Penyedia Latihan Bertauliah

    Rujuk pautan sub menu Penyedia Latihan Bertauliah

  • Senarai eksekutif pengurusan fasiliti bertauliah

    Pautan ke carian di CIMS.