Pentauliahan Eksekutif Kualiti Projek (CPQE)

Program pentauliahan ini bertujuan membantu mempertingkatkan tahap pengetahuan dan profesionalisme di kalangan eksekutif kualiti projek di projek pembinaan di Malaysia serta memastikan objektif utama program ini dapat dicapai terutamanya mempertingkatkan kualiti di dalam kerja-kerja dan hasil pembinaan.

Di antara objektif program Pentauliahan Eksekutif Kualiti Projek ini adalah:

  1. Mempertingkatkan kualiti kerja di tapak binaan melalui penyeliaan kualiti oleh Eksekutif Kualiti Projek yang bertauliah dan kompeten.
  2. Memastikan supaya kekompetenan Eksekutif Kualiti Projek menepati Construction Industry Competency Standard (CICS) yang telah dibangunkan oleh Lembaga dan pemain industri.
  3. Memenuhi keperluan industri ke atas kepentingan personel binaan yang khusus melaksanakan tugasan kawalan kualiti projek pembinaan
  4. Mengiktiraf dan mempertingkatkan kerjaya Eksekutif Kualiti Projek di Malaysia

Akan dimaklumkan

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan kualiti projek di tapak pembinaan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan.

Program pentauliahan Pegawai Pengurusan Trafik Pembinaan ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  1. Kaedah I - Latihan dan Penilaian,
  2. Kaedah II iaitu Penilaian Sahaja, dan
  3. Kaedah III iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

Kaedah Proses Penilaian
Kaedah I
Latihan dan Penilaian

Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah II
Penilaian sahaja

Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah III
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)

Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 atau 3 di mana bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab.
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah III pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 4 dengan tugas dan tanggungjawab Eksekutif Kualiti Projek (CPQE) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Eksekutif Kualiti Projek bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Akan dimaklumkan.

  • Borang permohonan

    Sila muat turun di sini

  • Senarai eksekutif kualiti projek bertauliah

    Pautan ke carian di CIMS