Pengenalan
Program Usahawan Kemahiran Akademi Binaan Malaysia dilaksanakan untuk melahirkan usahawan mahir, berpengetahuan dan kompeten dalam aspek latihan kemahiran dan pengurusan perniagaan yang komprehensif.
Objektif
- Membantu meningkatkan daya saing dan keboleh pasaran alumni ABM.
- Melengkapkan calon usahawan dengan latihan dalam bidang pengurusan dan teknikal melalui kursus yang berstruktur.
- Meningkatkan kemahiran dan kompetensi usahawan.
- Untuk menyerlahkan potensi peluang perniagaan dalam sektor pembinaan.
- Melahirkan Kontraktor Gred 1 dari kalangan alumni ABM yang diiktiraf oleh CIDB Malaysia.
Keberhasilan Program (Nilai & Matlamat)
- Mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusan pembinaan bagi mengenal pasti serta menyelesaikan masalah operasi.
- Boleh berkomunikasi secara berkesan dan berkemahiran memimpin pasukan dalam pelbagai disiplin.
- Bertanggungjawab kepada masyarakat dan persekitaran berkaitan dengan etika professional dan integriti.
- iBerkemampuan mempertingkatkan pengurusan melalui pembangunan latihan dan prihatin kepada isu-isu berkaitan dengan pengurusan pembinaan.