Quality Products Accordance To Specified Standard (QPASS)

Bermula pada 01 Januari 2015 produk berikut adalah dikuatkuasa memerlukan COA dibawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).

  • Produk kaca Low-E memerlukan pematuhan standard EN 1096 Pt 4 bagi produk Hardcoat
  • Produk kaca Low-E softcoat memerlukan pemantuhan standard MS 1135/ MS 2397/MS 1498.

Berkuatkuasa 1 JULAI 2015, semua produk aluminium Composite Panel for exterior and interior Wall hendaklah mematuhi Standard MS 2571:2014

Berkuatkuasa 1 OKTOBER 2015, bagi produk "fire clay" hendaklah mematuhi Standard MS 2578: 2014. Selepas ini tiada pengecualian akan diberikan.

WARTA TERKINI BERKUATKUASA 1 JULAI 2014 - ALOY AND STEEL (Jadual Ke-4 Perintah Kastam - Larangan Mengenai Import) - PUA 172-2014 - Setiap permohonan “3rd Party Lab”, badan pemeriksaan WAJIB dilampirkan “MILL CERTIFICATE” bagi produk Besi dan Keluli.


PENGUATKUASAAN PRODUK-PRODUK DI BAWAH PERINTAH KASTAM (LARANGAN MENGENAI IMPORT) WARTA PU (A) 341/2013 DIWARTAKAN PADA 19 NOVEMBER 2013 DAN DIKUATKUASAKAN PADA 31 JANUARI 2014 :

  1. FLOAT GLASS
  2. INSULATION MATERIALS
  3. RADIANT BARRIER
  4. FIBRE CEMENT FLAT SHEET

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) TELAH MEMUTUSKAN BERKUATKUASA 31 JANUARI 2014, PRODUK-PRODUK DI ATAS MESTI MEMPEROLEH CERTIFICATE OF APPROVAL (COA) DARI CIDB SEBAGAI SYARAT KEMASUKAN KE DALAM NEGARA INI. MENURUT ARAHAN MITI DARI 31 JANUARI 2014 HINGGA 31 MAC 2014, COA BOLEH DIKELUARKAN BERDASARKAN "PROCEDURE 2 MONTHS FOR NEW GAZZETED PRODUCTS" SEPERTI DI (LAMPIRAN 1). BERMULA 1 APRIL 2014, COA AKAN DIKELUARKAN BERDASARKAN PROSIDUR PERMOHONAN SEDIA ADA (RUJUK PROSIDUR PERMOHONAN COA DI LAMAN WEB CIDB). SEMUA PENGIMPORT BAHAN-BAHAN BERKAITAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI ARAHAN INI