Terdapat empat (4) objektif utama penilaian SCORE – CIDB:
- Untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan dan kemampuan dalam aspek Prestasi Perniagaan, Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, Amalan Terbaik dan Keupayaan Pengurusan.
- Untuk mengenalpasti jurang prestasi dan membantu meningkatkan keupayaan dan kemampuan kontraktor.
- Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan kontraktor tempatan dan mengukur perbandingan antara kontraktor tempatan dan kontraktor asing.
- Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan kontraktor yang berkaliber.