Guideline for Bumiputera G1 Contractors

Keputusan Kerajaan untuk pembukaan semula pendaftaran baharu Kontraktor G1 Bumiputera bertujuan memberi peluang kepada generasi baharu termasuk belia lepasan pusat latihan kemahiran yang mempunyai latar belakang teknikal untuk mula berkecimpung dalam industri pembinaan.

Langkah ini diharap dapat melahirkan lebih ramai kontraktor bumiputera yang berdaya maju dan mampu memainkan peranan utama dalam industri pembinaan.

Maklumat lanjut berkenaan proses pendaftaran sebagai kontraktor G1 rujuk Garis Panduan Pendaftaran Kontraktor G1 Bumiputera.