Syarat Penilaian MCORE Untuk Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) G1 Bermula pada 1 Januari 2021

Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (ppk) G1

  • Perlaksanaan syarat MCORE untuk pembaharuan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) G1 adalah pada 1 April 2020 berdasarkan kepada Pekeliling Bil. 2/2020 bertarikh 5 Februari 2020. 
  • Perlaksanaan ini telah ditangguhkan sehingga 31 Disember 2020 di dalam Pakej Prihatin CIDB seperti yang diumumkan oleh YB. Menteri Kanan Kerja Raya akibat penularan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula daripada 15 Mac 2020.
  • Perlaksanaan syarat penilaian MCORE untuk pembaharuan PPK G1 adalah diwajibkan bermula pada 1 Januari 2021.
  • Kontraktor tidak layak memperbaharui PPK jika tidak membuat penilaian MCORE.
  • Garis panduan dan penerangan berkaitan program MCORE boleh di muat turun melalui laman web CIDB - GARIS PANDUAN MCORE
  • Pekeliling bertarikh 5 Februari 2020 berkaitan pengenaan syarat ini boleh dimuat turun melalui laman web CIDB.  
  • Untuk makluman lanjut sila layari www.cidb.gov.my atau mana-mana pejabat CIDB negeri yang berhampiran.