Kerja pembetungan adalah aspek penting dalam pembinaan kerana ia bukan sahaja melibatkan kepuasan pelanggan tetapi juga persekitaran & perlindungan.
CIDB dengan kerjasama pihak berkepentingan di sektor pembentungan telah membangunkan kursus latihan untuk ‘Sewerage Construction Manager’, di mana kursus ini dapat menangani permasalahan kualiti pembinaan di sektor pembentungan melalui pengurusan yang betul oleh pegawai yang berkelayakan.
Peserta kursus yang berjaya akan dianugerahkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) tahap 5.
Kategori | Tahap Kelayakan Akademik | Pengalaman Kerja (Tahun) |
---|---|---|
1 | Professional berdaftar (cth: Ir., Ar., Sr., PhD) Registered Professionals (Ir., Ar., Sr.) |
- |
2 | Sarjana di dalam Pengurusan Projek / bidang berkaitan pembinaan Master in Project Management / Construction Related Courses |
1 |
3 | Sarjana Muda di dalam bidang berkaitan pembinaan Degree in Construction related courses |
3 |
4 | Diploma di dalam bidang berkaitan pembinaan Diploma in Construction related courses |
5 |
5 | Sijil di dalam bidang berkaitan pembinaan Certificats in Construction related courses |
8 |
6 | Sijil Kemahiran Malaysia – Pengurus Pembinaan (Tahap 5) Construction Manager Level 5 |
3 |
Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan pembinaan pembentungan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan. Kompetensi ini juga adalah salah satu keperluan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Program pentauliahan pengurus pembinaan (CCM) ini dilaksanakan melalui dua (2) kaedah penilaian iaitu:
- Kaedah I - Latihan dan Penilaian,
- Kaedah II iaitu Penilaian Sahaja, dan
Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:
Kaedah | Proses Penilaian |
---|---|
Kaedah I Latihan dan Penilaian |
Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran. LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
|
Kaedah II Penilaian sahaja |
Menduduki penilaian bertulis LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
|
Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5 dengan tugas dan tanggungjawab Pengurus Pembinaan Pembentungan (SCM) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Pengurus Pembinaan Pembentungan bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.
Akan dimaklumkan
- Borang permohonan
Sila muat turun di sini
- Senarai Penyedia Latihan Bertauliah yang menjalankan kursus dan latihan melalui Kaedah I
Rujuk pautan sub menu Penyedia Latihan Bertauliah
- Senarai pengurus pembinaan pembentungan bertauliah
Pautan ke carian di CIMS.