Pentauliahan Pengurus Pembinaan (CCM)

Di dalam merealisasikan kejayaan sebuah projek pembinaan, industri perlu mempunyai pengurus pembinaan yang kompeten. Maka industri pembinaan Malaysia melalui CIDB, telah membangunkan Construction Industry Competency Standard (CICS)  untuk pengurus pembinaan. CICS untuk pengurus pembinaan ini dibangunkan pada tahap 5 Struktur Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Structure). Mereka yang telah dinilai kompeten, iaitu mencapai tahap pengetahuan dan kemahiranyang secukupnya akan dianugerahkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5.

Program pentauliahan pengurus pembinaan ini bermatlamat untuk membolehkan industri pembinaan Malaysia mentauliah pengurus pembinaan yang kompeten melalui kaedah pentauliahan yang ditetapkan selaras dengan AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994 (Akta 520) (Pindaan 2011) dan Construction Industry Transformation Program (CITP).

Objektif program pentauliahan pengurus pembinaan ini adalah:

  1. Mengiktiraf pengurus pembinaan yang berkhidmat di dalam industri pembinaan Malaysia sebagai Pengurus Pembinaan Bertauliah (Certified Construction Manager, CCM),
  2. Menyokong inisiatif untuk meningkatkan tahap kompetensi pengurus pembinaan Malaysia ke tahap global,
  3. Menyokong pelaksanaan Akta CIDB, Bahagian VII-Seksyen 33(1) untuk mendaftar Pengurus Pembinaan Bertauliah (CCM), dan
  4. Merekod dan menyimpan data pengurus pembinaan bertauliah di dalam satu pengkalan data.
Kategori Kelayakan Minima Akademik Tahun pengalaman di dalam bidang pembinaan yang berkaitan
Kaedah I Kaedah II Kaedah III (RPLE)
1 Professional berdaftar (cth: Ir., Ar., Sr.) - 3 5
2 Sarjana dalam Pengurusan Projek, Pengurusan Pembinaan dan bidang berkaitan pembinaan 3 5 5
3 Sarjana Muda dalam Pengurusan Pembinaan dan bidang berkaitan pembinaan 3 6 6
4 Sarjana Muda dalam bidang bukan berkaitan pembinaan 5 7 8
5 Diploma dalam Pengurusan Pembinaan dan bidang berkaitan pembinaan 5 8 8
6 Diploma dalam bidang bukan berkaitan pembinaan 8 10 10
7 Sijil dalam bidang berkaitan pembinaan 10 12 12
8 Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 5 dalam bidang pembinaan 10 12 12
9 Lepasan sekolah (SPM, SRP dan lain-lain 10 15 15

Pentauliahan ini dibuka kepada semua personel binaan/individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kerja-kerja pengurusan pembinaan di tapak pembinaan serta memenuhi syarat-syarat kelayakan permohonan dan pentauliahan.

Program pentauliahan pengurus pembinaan (CCM) ini dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah penilaian iaitu:

  1. Kaedah I - Latihan dan Penilaian,
  2. Kaedah II iaitu Penilaian Sahaja, dan
  3. Kaedah III iaitu Pengiktirafan Melalui Tahap Pendidikan dan Pengalaman (Recognition Prior Learning and Experience, RPLE).

Kaedah dan proses penilaian adalah seperti berikut:

Kaedah Proses Penilaian
Kaedah I
Latihan dan Penilaian

Menjalani kursus dan menduduki penilaian bertulis bagi setiap pakej pembelajaran.

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Ulangi latihan bagi modul latihan yang gagal dan dinilai semula.
Kaedah II
Penilaian sahaja

Menduduki penilaian bertulis

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah II pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.
Kaedah III
Pengiktirafan Tahap Pendidikan dan Pengalaman (RPLE)

Mengemukakan dokumen pengalaman kerja dan menduduki temuduga

LULUS: Dianugerah Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5
GAGAL: Memohon semula untuk Kaedah III pada bila-bila masa (terhad kepada 2 kali sahaja) atau mendapatkan pentauliahan dari mana-mana Kaedah.

Peserta yang lulus melalui mana-mana kaedah akan diperakukan melalui Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) Tahap 5 dengan tugas dan tanggungjawab Pengurus Pembinaan (CCM) yang ditauliah mengikut bidangnya akan dicetak di belakang sijil tersebut. Bagi tujuan pendaftaran dengan Lembaga ini, Pengurus Pembinaan bertauliah hendaklah mengemaskini pendaftaran dengan pihak Lembaga.

Modul pembelajaran yang telah dibangunkan adalah:

Module (M) Module Name
Module 01 (M01) Fundamentals of Construction Management Competencies
Module 02 (M02) Tendering Management
Module 03 (M03) Site Mobilisation Management
Module 04 (M04) Construction Planning and Implementation
Module 05 (M05) Cash Flow Management
Module 06 (M06) Construction Quality Management
Module 07 (M07) Safety and Health Management
Module 08 (M08) Environmental Protection Management
Module 09 (M09) Project Personnel / Staff Management
Module 10 (M10) Construction Materials Management
Module 11 (M11) Construction Labour Management
Module 12 (M12) Sub-Contractors Management
Module 13 (M13) Plant & Machinery Management
Module 14 (M14) Sundry Construction Management Duties
Module 15 (M15) Site Office Management
Module 16 (M16) Contract Administration
Module 17 (M17) Project Handover Management
  • Borang permohonan

    Sila muat turun di sini

  • Senarai Penyedia Latihan Bertauliah yang menjalankan kursus dan latihan melalui Kaedah I

    Rujuk pautan sub menu Penyedia Latihan Bertauliah

  • Senarai pengurus projek pembinaan bertauliah

    Pautan ke carian di CIMS.