Construction Supervision

Program Perantisan Industri Pembinaan adalah merupakan satu program yang dibangunkan oleh CIDB selaras dengan kehendak Pelan Transformasi Industri Pembinaan - CITP (2016-2020) di bawah Teras 3 - Produktiviti (Inisiatif - Pembangunan Modal Insan Dalam Sektor Pembinaan). Ia juga adalah selaras dengan Rancangan Malaysia Ke 11 bagi meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju menjelang tahun 2020.

CIDB telah membahagikan program ini kepada 3 bidang iaitu Bidang Kemahiran Binaan, Bidang Penyeliaan Pembinaan dan Bidang Pengurusan Pembinaan. Bagi bidang kemahiran binaan, antara sasaran adalah pekerja-pekerja dalam tred-tred bangunan, kejuruteraan, mekanikal & elektrikal, dan lain-lain.

Objektif program perantisan ini adala untuk:

  1. Menjayakan inisiatif di bawah CITP dan menyahut pelaksanaan Program Perantisan di bawah RMK-11.
  2. Mendukung matlamat pembangunan negara dalam strategi untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang kemahiran industri pembinaan yang akan memberi tumpuan kepada inisiatif meningkatkan pembangunan modal insan berkemahiran dan berpendapatan tinggi.
  3. Memberi peluang kepada perantis mempraktikkan kemahiran yang dimiliki dalam dunia pekerjaan yang sebenar sambil kemahirannya diasah dan digilap selanjutnya dengan pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman
  4. Mempersiapkan perantis dengan pelbagai bidang kemahiran teknikal dan bukan teknikal bagi meningkatkan kebolehpasaran (marketability) sebelum memulakan kerjaya lebih mencabar dalam industri pembinaan.
  5. Membantu meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir dalam industri pembinaan negara dan secara langsung membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia dan graduan serta mengurangkan penggantungan kepada tenaga kerja asing.

Terbuka kepada graduan berumur 21 hingga 35 tahun yang belum mendapat pekerjaan dan memiliki latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya peringkat ijazah dalam bidang pembinaan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Mana-mana individu yang berminat untuk menjadi Perantis bagi program ini hendaklah mengemukakan permohonan kepada Penganjur bagi dipertimbangkan mengikut syarat asas kelayakan yang ditetapkan CIDB. Syarat kelayakan menjadi seorang Perantis bagi Program Perantisan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur di antara 21 hingga 35 tahun
  3. Sihat tubuh badan
  4. Bebas dari penyalahgunaan dadah dan kesalahan jenayah
  5. Berminat untuk bekerja sepenuh masa dalam bidang pembinaan.

Pemohon akan dinilai dari aspek fizikal, pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi memastikan mereka berjaya menamatkan program dan bekerja dalam industri pembinaan yang mencabar. Temuduga akan dilaksanakan oleh penganjur program dan majikan sekiranya perlu. Pemohon yang layak diterima sebagai perantis akan dimaklumkan oleh penganjur program.

Terdapat 3 kategori pemohon bagi program perantisan pembinaan ini iaitu:

  1. Penganjur
  2. Majikan
  3. Perantis
  • Borang permohonan

    Sila klik pautan ini https://cims.cidb.gov.my

  • Senarai penyedia latihan bertauliah

    Pautan ke carian di CIMS.