Why SCORE

Terdapat empat (4) objektif utama penilaian SCORE – CIDB:

  1. Untuk memberi pengiktirafan kepada kontraktor yang mempunyai keupayaan dan kemampuan dalam aspek Prestasi Perniagaan, Keupayaan Kewangan, Keupayaan Teknikal, Pengurusan Projek, Pengurusan Perolehan, Amalan Terbaik dan Keupayaan Pengurusan.
  2. Untuk mengenalpasti jurang prestasi dan membantu meningkatkan keupayaan dan kemampuan kontraktor.
  3. Untuk membangunkan profil industri bagi mengenal tahap keupayaan kontraktor tempatan dan mengukur perbandingan antara kontraktor tempatan dan kontraktor asing.
  4. Untuk membantu pihak klien dalam pemilihan kontraktor yang berkaliber.